Khamis, 18 Ogos 2016










suasana terbaru AYAM KG OPAH....

Ayam Kampung Opah...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Alkisahnyaaa..........
Sekarang ni meriah dahhh arena pembelaan ayam kg asli ni..
merata-rata anak muda dan tak terkecuali org lama turut memeriahkan.......
TERBAEK broo.....
Kipidap....
Donfedap...

alkisahnya juga rakan-rakan sehobi yang buat dengan cara lebih tersusun dan bersistem...
mmg terbaek laaa.....
Ramai jua yang berhajat nak jadikan arena penternakan ni sebagai sumber pendapatan utama..
Alhamdulillah...mmg terbaek laaa..
pehhh...mlm ni wak nulis mmg perkataan terbaek tu disebut berulang kali..
menunjukkan wak begitu teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternak ni..

Alkisahnya jua...
Seperti yang wak pernah sebutkan dlu...
Jangan Gelojoh yee dalam melayari dunia penuh cabaran ni...
Betul...ramai rakan2 yang betul2 dah bersedia dengan latihan dan kursus yang diikuti daripada rakan2 ternak..
Maaf kate...bukan semua data dan maklumat yang diperolehi boleh kita praktikkan di reban yang kita bina juga seperti saranan apa yang rakan2 kursuskan...
Faktor cuaca...
Faktor geografi...
Faktor budaya setempat...
             juga mampu mempengaruhi ternakan yang bakal kita ternak.....
contohnya....bila kita berkunjung kursus ke reban rakan..
tiada ancaman pemangsa tegar...
setakat biawak dan ular sawa jerrr.
ular sawa           - makan sekor kenyang         dia bla laaaa
Biawak pn begitu jua...
skali kita rancang dan buat...rupe2nye kawasan kite dikelilingi oleh pelbagai pemangsa tegar...
           .......dengan ular sawanya laaa
           ............dengan biawaknya laaaaaa
           ................dengan anjingnya laaaaaaaaaa
           ....................  dengan monyetnya laaaaaaaa
           ..............................dengan kepala rambut itam laaaaaaaaa.............

kan haru kalau kita terus bulat2 meniru sistem yang dikursuskan...
kan ........ betul kannnnnnnnnn..............

so seperti yang wak slalu katakannn............
lebih2 lagi yang berhajat untuk menjadikan arena ternakan ayam kg asli ni sebagai sumber pendapatan utama...
jangan gelojoh............kaji molek2...
kalau ada kerja tetap...
teruskan dlu........
buat bela2 nih sebagai sumber pendapatan ke 2
sokkk bila dah betul2 strong barulaaaaaa fikir2kan samada nak berenti atau seiring berjalan dua kerja dalam satu masa.......
fikir2kan...........
dan selamat beramal
adiossssssss.........

Sabtu, 19 Mac 2016

Jangan Ghairah Sangatt...jgn gelojohh....

alkisah...
maka murkalah sultan Melaka apabila mendengar perkhabaran Hang Tuah berkenen2 dgn gundik istana..
tanpa berfikir panjang terus menjatuhkan hukuman bunuh kepada Laksamana Hang Tuah...

Pehhh... introooooo heheheh

Harini wak nak sembang2 berkaitan sifat manusia...
wak pn manusia...
sifat kita yang terlampau ghairah dan akibatkan gelojoh..
dunia penternakan ni luas..banyak cabang..
untuk terjun dalam dunia yang belum pasti ni kene perlu berhati2...
jgn terlampau ghairah dengan menabur duit tanpa tujuan yang pasti...

1.    Macam wak dlu2laaa...
dek kerana ghairah dengan permintaan anak ayam kg asli yang terlampau tinggi wak melabur ribuan ringgit membeli induk tanpa memikirkan status kesihatan induk..
induk yang wak beli rupanya pembawa penyakit berjangkit..
akibatnya wak mengalami kerugian belasan k kerana pembelian yang merugikan tuu..
 lain kali pk molek2 sebelum bertindak....

 2.  Bayar yuran kursus...
ishhh tak baek ngungkit bayaran yuran kursus...
heheheh tak berkat ilmu..
bukan itu maksud wakkk...
hehehe rasanya mcm tak berbaloi bayar yuran 700/800 untuk bela ayam 20 ekor kat belakang rumah..
yesss...ilmu tu ada harganya
tapi rasanya kalau kita boleh dapatkan ilmu tu secara percume kan lebih baek..
dalam atok google mcm2 ilmu yang kita boleh peroleh...
kalau nak bertok guru...
datang je jumpa wak ajin... hehehhe
kita share pengalaman....
percume..tiada bayaran...

3. ..... bersambung



Isnin, 15 Februari 2016

SEKADAR hobi..

Asalamualaikum dan salam sejahtera...
Maka sngat benarlah kata2 rakan hamba..jika bela ayam sekadar utk hobi jadi dapat hasilnya pun sekadar hobi jualah...
itu hamba sangat2 la mengakui hakikat tuu.
Sebenarnya dunia penternakan ayam kg asli ni sangat besar potensinya..
dan...belum ada individu yang benar2 serius atau hidup mati utk mengusahakan industri ini...
Mengikut pengalaman hamba yg bela main2 ni selama 10 tahun...belum pernah rasanya ayam hamba mati tua di reban sebab punca ketuaan....
kat cni hamba dapat le baca leeer.. ( walau tanpa bukti kajian dan data yang diperakui )
Permintaan utk ayam kg asli ni memang sangat tinggi...
bukan setakat utk musim perayaan..ayam kg asli ni mmg sentiasa dicari oleh peminatnya...

kalau suatu ketika dlu...org menganggap aym kg asli hanya diminati oleh sessuatu kaum sahaja..
tetapi masakini hampir semua bangsa sentiasa mendambakan kelazatan ayam kg asli ni...
memang pada awal pemeliharaan...penternak selalu mengeluh ayam kg asli ni susah untuk dijual...
tapi kenyataannya ialah....
kemon laaa bro...jual apa pun mmg pada awalnya mmg susah nak jual...tetapi jeng jeng... bela ayam kg asli ni special bnyak... sekali org dah tau kita bela ayam kg asli
jenuhhhlaaa kita nak sediakan permintaan peminat2 ni....

jadi rakan2 yang masih terfikir2 nak buat keje ape utk tambah pendapatan di zaman  menteri suh keje dua ke tiga utk menyara keluarga....
fikir-fikirkan cadangan saya.....
sila bela ayam kg asli.....

bela lebih santai.....
adios...




Rabu, 18 November 2015

makluman....

Hamba skang menggunakan talian telefon bernumber
0194445015 : blh berwassap atau seumpama dengannya..
0133790617 : tel dan msj shj....

Isnin, 16 November 2015

Penafsiran AKO ayam kg asli ( aka )

Asalamualaikum dan salam sejahtera...

         Sebelum hamba nak menulis ni.. Hamba nak memohon jutaan ampun dan maaf andai apa yg hamba tulis ni menyentuh rasa rakan-rakan ternak ( pehhh mood berat nih ).
Segala yang hamba tulis ni sekadar penafsiran peribadi hamba sahaja. Tidak berniat utk menyentuh pendapat-pendapat dari penternak yang lebih senior dan telah membuat kajian bertahun-tahun...

        Baekla hari ni hamba nak bagi pendapat siapakah ayam kampung asli  / ori.

       Pada hamba ayam kg asli merujuk kepada ayam kg yang biasa kita lihat orang tua kita      ( papa / mummy / tok wan / tok ki ) bela masa kita kecik2 dlu.....bela pun lepas bebas jeee. tido atas pokok jering, pokok ciku, pokok jambu dan pokok2 lain yang bersesuaian laa... Kalau setakat pokok 8 kaki tinggi...skali henjut je ayam ni terbang.      
        - bela bebas lepas. bela lebih mudah. takda reban pun blh bela ayam -

         Dari segi tempoh matang ayam...kussssss semangat. Nak menjadikan ayam tu besar dan sesuai untuk sembelihan zaman papa / mummy dlu mmg lama.. lima enam bulan baruuuu boleh sembeleh. berat pun umur dah bnyk tu baruuulh sekilo setengah. Kalau yang betina lagi parah..berat baru sekilo dua.kalau dah kacuk ayam hutan (ayam yg bertelinga putih tuu ) lagiiiiilh parah. bela sampai bertahun saiz ayam mcm tu je laaaa. tapi ayam jenis tu rare tu. ada peminat sendiri....Ketika dan time tu nak sembeleh ayam laaaa...ayam tu berbunyik ayam dah matang...dah bertukar suara garau.( dah baligh heheh ).berkokok bagi jantan dan betina berkiok2....
        - lambat besar -
           

.......  tika dan saat tu ada juge macam2 rupe ayam.  Ada la ayam lehernya tak berbulu ( merujuk kepada ayam botak / ayam jepun )...ayam bulu balik ( rare ayam nih )..ayam kaki tinggi2 ( merujuk kepada ayam kg baka sabung ) ayam itam semua ( merujuk ayam chemani ), ayam hutan ( merujuk kepada ayam bebas tidak bertuan. ayam lindungan tu ) ada yang kaki kuning ada kaki hitam ada ayam yang kakinya berbulu sekerat. warna bulu chantekkkk. Berkilat!. heheh ayam arab xda heheh.
         - ada pelbagai rupe dan jenis -

          
        Makanan ayam ni  biasalaaaa pelbagai...tapi utk penjimatan sbb kene bela lama sisa dan bahan buangan manusia jadi pilihan. ( merujuk kepada nasik basi, kerak nasik...sisa dapur...sisa bahan manusia heheh ) dan kalau yang upgrade ckit jagung dan teligu lee.. ayam tu nak nak jumpa dedak komersial mimpi di siang hari laaaa...
         - makanan yang pelbagai / cincai2 jeee -

        Tang rasanya pulak....komfem2 laaaa aym yg dah bnyak umur liat dagingnya. lagipun ayam2 ni kan  makannya mcm2 jadi dagingnya ye rasanya lebih manis dan pejal. ayam dah matangg. Buat gulai pn masak kene lebih lama. Tak masak lama kaluuuuu....baling dinding melantun leee. Pendek kata bila kita masak ayam ni kita akan terbayang dan teringat papa dan mummy kita.
         - kelazatan daging ayam bergantung kepada makanan dan umur yang diberikan -
                                         - lidah tidak menipu kalau tang rasa ayam kg asli ni -


jadi sebagai menyimpulkan pendapat hamba di atas berkaitan ayam kg asli sebarang ayam yang bila hamba pandang...hamba terbayang dan teringat papa dan mummy hamba...itulah yang hamba anggap ayam kg asli....
       
walau apa2 pun setiap ayam2 nih ada je peminatnya masing2. Jadi tak perlu la kita nak persoalkan kengkawan yang bela ayam pesen lain. Pasaran utk setiap jenis ni ada jeee.cume kite perlu xplo jee. kita bina rangkaian pasaran. Biar pelanggan yang membuat pilihan ayam mana yang dia nak beli. kita bela ayam kalau xda sapa nak beli...kan susah tuuu. kalau nak beli pun harga xblh bla.. biasalaaa pembeli mesti nak beli barang baekkkk tapi harga murah heheh. tapi bagi hamba, hamba pilih berternak ayam yang papa dan mummy saya bela....
sekian... adiossssss

Khamis, 12 November 2015

Gelombang Penternakan Ayam Kampung...

Kembali bersiaran....

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...
lama sungguh tak menulis..
beberapa tahun tak menulis woo..tumpul skill menulis nih
tak tau nak mula mcmana...
actually hamba lama x update sebab dah main line fb je kannnn...
bolehlaaa tengok fb hamba ajin ayam kg opah...( promo promo )

Untuk perkembangan terkini ayam kampung opah...
tiada perubahan besar yang berlaku. kalau ada pun sikit je leee heheh.
Reban A yang hamba buat dulu dan tukar dah ke reban besar.
Mudah pengurusan pemberian makanan ayam-ayam belaan hamba tu..
bukan tak bagus reban A tu..bagusss... cume utk menjimatkan masa dan tenaga jee...
wes tuekkkk hikhik.
bila reban besar mudahhhhh....setempat je bagi makan...
dah bubuh makan pandailaaa nko nakkk....

Dalam isu2 dalam bab penternakan bnyak perkembangan-perkembangan terkini yang hamba rasa seronok dan gumbira...
Seronok bila suatu masa dahulu hamba berternak solo solo je sbb orang beranggapan bela ayam kg ni tak produktif dan lambat besar...
tapi sekarang kelihatan ramai rakan yang berminat...

Kelihatan kebelakangan ini gelombang penternakan ayam kampung asli / kacuk semakin subur. Hamba perhatikan semakin ramai golongan muda dan tidak kurang juga golongan veteran yang bersungguh-sungguh belajar samada yang bertaraf backyard atau taraf besar besaran.

Seronok  pulak setiap minggu menyambut kehadiran rakan-rakan ke reban ( hikhik bukan farm ye ) kononnya untuk berjumpa otai hikhikhik..sronok bertukar2 pendapat dan cerita...
bercerita karenah ayam...bercerita cara menjimatkan kos makanan...
bnyak lagi laaaaa
tapi yang komfemnya seronok  jumpa rakan2 ternak ayam kg nih....

rasanya cukup dlu kot...
adiosss

Isnin, 7 Oktober 2013

aduhai....

asalamualaikum sahabat dan rakan2 ternak...waduh lama sungguh tak menulis.ntah mcm tak cukup mase jee 24 jam sehari.( sebenonya kegagalan menguruskan masa je )

Untuk beberapa bulan ni alhamdulillah banyak perkara yang menarik berlaku dalam arena pembelaan ayam kampung nih..khususnya AKO lah....

1. Cuaca panas memudahkan proses pemeliharaan ayam kampung seperti hamba ni.
 Satu perkara yang penting dalam proses membesarkan anak ayam ialah keadaan kawasan brooder @ kawasan reban yang kering. Kawasan yang kering dapat mengelakkan banyak penyakit yang berpunca daripada tanah...Nak rawat tanah hari ke hari mcm x cukup time jee. Ni amalan di AKO le...kalau dapat pastikan kawasan reban @ brooder kering insya Allah ayam2 kita akan sehat walau kekadang kekotorannya...amonianya dah tahap gaban....

2. Induk semakin bertambah.
 Alhamdulillah sejak tekun membesarkan anak ayam sendiri&elakkan ambil induk matang luar nampaknya pelbagai penyakit dapat dielakkan. Duluuu zaman terlalu ghairah...asal peraeh ayam datang bawak induk jeee...terus zassss...akibatnya banyak kali jugak la AKO kerugian berbelas2 k...hehehe adatla orang tamakkk semua nak short cut...HAMBEK KAU ! hikhikhik

3. Hasil pengeluaran bertambah.
 Alhamdulillah pengeluaran anak ayam semakin baik..kalau ikut purata sebulan adaa laa seminggu dapat kuarkan anak ayam 300 ekor..lega la jugak. Lepasla kos makanan...kos elektrik...kos buruh...kos manes2 untuk mak abah hihihi. Jadilahhh.Dulu niat awalnya bela ayam kan nak nyambel2 tengok orang tue..jadi bila dah ada rezki lebih bagilh manes2 ckit kat abah mak...

4. Akaun FB dah beroperasi.
 Untuk makluman rakan2...skang hambe dah semakin rajin layan FB. hikhik! senang gak laa nak berhubung dengan rakan2.Untuk makluman rakan2 FB hambe  ajin opah farm..hihik!ntah farm mana ntah.bela ayam blakang umah ckit2 buh nama farm...sogannnn jeee

5. Penubuhan Kelab penternak ayam kampung..
 Ni kira the best laa...sejak hamba dah main ayam ni dah masuk tahun ke 8...dah brape kali je rakan2 ajak buat persatuan..tapi akhirrrrnya tertubuh jualh kelab ni. Memang sronok rasenya. Mudah berhubung dengan rakan ternak bila ada kelab/persatuan. Tapi maaf le rakan2 ternak yee..tak dapat nak menyahut permintaan suh jadi org yg bertanggungjawab..bukan tak sudii....cume belum mampu lagi memikul beban/tanggungjwab. Takut sok tak terlaksana t/jawab kat sana suk ditnyaa...
harapan sebagai org tue mcm hamba ni lee...dalam persatuan tu jangan le mengharap sangat bantuan atau sokongan...tanam kat ati tu ape yang boleh disumbangkan supaya kelab/persatuan pemeliharaan ayam kg tu kukuh...Hambe sokong mana2 je yang baek. Boleh hamba tolong...insya Allah hamba tolong. Itu jelah kemampuan hamba setakat ni lee..Masa depan tak tau leee...

6. heheh...pe lagi nak merapu yee...
mcm ni la kira siaran ulangan lah...
FB hamba : ajin opah farm.
Wassap hamba no nya : 0105136976...
bukannya hamba hebat sgt...
cume hamba sekadar nak membantu...
kalau x membantu kita boleh share masalah....
hamba pn boleh blajar sesuatu...
orang muda skang ni pn bnyak ilmunya...
banyak petua2 yang hamba tak pernah dengar...

7. Last....marilh bela ayam kg...
niatkan bela untuk makan sendiri..mkan anak2 isteri
makan keluarga....
bebas dari ubat2an woo..
slalu terpikir budaya jahiliah hamba dulu lee...nak buat rendang ayam kg xda..
beli ayam pencen....
agak2nya sepanjang ayam tu hidup dah brape banyakkla ubat2an yang dah ada dalam body ayam tuu
bila dah pencen...kita pulak makan....
murahhhh....
liat mcm ayam kg...
buat rendang besss...tak hancur...
tp hamba lupe...ayam tu dah bedal ubat brape kilo la sepanjang dia hidup...
jahiliahnya hambee....ada kawasan nak bela ayam kg tapi.....
awal2 lagi serender dengan cabaran pemangsa
cabaran berak merata2...
cabaran penyakit ayam...
tak sedo yg hamba makan ayam pencen apaaaaaa la polak penyakit yang bakal hamba tanggung...
sekian

mari makan ayam kg.....adiosssssssss