Isnin, 18 Oktober 2010

Cuakkkkkkkkk jer

Minggu lepas hamba terdengar brite yg serangan penyakit masih berbaki di area Banting...
Brite tu dikukuhkan lagi dengan info yang diberikan oleh rakan isteri hambe yang tinggal di kawasan serangan tu........
Pagi tadi lak, rakan hambe yang menjual 4 ekor induk ayam kg kat hambe memberi pengkhabaran di rumah dia dah 5 ekor ayamnya mati.
Cuak.................
Cuakkkkkkk........
Skarang ni di Reban Opah tengah banyak anak ayam yang berumur 3 bulan kebawa...
Semenjak serangan, hambe dah mengutip telur2 hasil dari reban hambe sekurang2nya 30 biji seminggu.
Telur2 tu hamba tetaskan dan anak2 ayam tu hambe besarkan..
kira dah banyak skang ni anak2 ayam tu..
jadi bile terdengar desas desus mcm ni cuakkkkkkkkkk jer.
Kalau le terkene le serangan skali lagi..
ntah ler mcmana pulak hambe nak menghadapi kekosongan reban skali lagi...


Harap2 jangan ler terkene wat kali kedua.....
amin.
amin.
amin.

Khamis, 7 Oktober 2010

Ubat Jangkitan Usus...



Ini merupakan ubat yang digunakan di Reban Ayam Kg. Opah untuk mengubati ayam2 yang luyu2...
kurus kering dan akhirnya rebah tidak berdaya...
Ubat ni hamba gune terutamanya ketika musim ujan mcm skarang nih....
Hambe bagi secara berkala....
seminggu sekali ker..
harga dah lupe tapi rase2nya dalam rm7x.xx.
Kira banyak gak ubat nih...dalam 2 liter kot?!
Bagi yang dh besa area banting ni... ubat ni boleh diperolehi di kedai makanan ternakan depan SK Chong Hua...sebelah fly over......
setakat ni alhamd berkesan gak ler ubat ni.
TAPI.....
ni ingatan taukey makanan ayam tu.............
kalau dalam 3 ari ayam x elok gak...cepat2 le bertukar ubat yang sesuai.
sekian.

Rabu, 6 Oktober 2010

Suasana Terbaru Di Reban Ayam Kg. Opah

 Telur2 hasil dari Reban Ayam Kg. Opah...
yang asing dalam try tu telur puyuh putih.
Kira jadik laaa
 Walau tak macam dolu2......
tapi kira ok la jugak.
alhamd..
 Ni hasil dari incubator
umur dalam 2 minggu
 Ni anak2 ayam mutiara...
nak jual tu.
sapa yang berminat
boleh ler call
harga boleh sembang2
hheheh
 bercampur dengan ayam kg...

 Ni brooder untuk anak ayam lepas kuar dari brooder di dalam bangunan.
alaaaaaaaa kt blakang dapur je
heheheh
 ini ler antara penghuninya...


Ni antara induk yang dapat kami kumpulkan....


layannnnnn...........


Induk mutiara yang kami ada....


 Degil sungguh....


Atas pokok gak pilihan die


Bapak dan induk Belanda yang berbaki

 Tidur atas atap.........
angin sejuk
view power hehhee
 yang kecik2......
rendah jer ler pot tidurnya..

 layannnnnnnnnnn......

Tinjau pot mana nak tidur la tuuuuu


Generasi Last selepas kematian beramai2 bulan Ramadhan.....


Layan.....


Generasi terakhir sebelum kematian bulan Ramadhan...


Reban dulunya penuh dengan induk ayam kg...

Penghuni Terbaru..........
tapi sekor jerr
Siannnnnn...
bila la nak dapat pasangan.
Sesiapa yang nak bersedekah pasangan........
sangat2 dialu2kan
heheh

Selasa, 5 Oktober 2010

Hujan la polak...........

Takde benda pn yg nak ditulis......
cume nak bagitau jer..
Besa ujan pagi..........arini dibantainya ujan petang.
dalam kecoh2 nak bagi makan ayam terlupe la polak nak amik gambar suasana terbaru di Reban Ayam Kg. Opah...
lagipun mcm x best je dalam keadaan lecah macam tu di ambik gambar....
so kesimpulannya..........gambar2 akan menyusul kemudian.
nak info jer ada le dalam 10 ekor anak ayam mutiara yang nak dijual.
umur dh sebulan yang paling tue....yg muda bawah sebulan ler hahahahah....
harga rm35 jer. amik semua hambe bagi diskaun baek punya...
yg lebih besar anak ayam mutiara tu nak wat tambah induk lerrr...
ingat nak wat modal untuk beli induk ayam kg ori lerr....
sekian

Isnin, 4 Oktober 2010

I'm Back.....

Susahnya...............
Memang diakui mmg ssh untuk memperolehi induk ayam kg Ori..
            Sejak sebulan selepas serangan wabak penyakit sampar, Ayam Kg. Opah telah berusaha untuk bangun semula. tp tu lahh susah bebeno untuk memperolehi bekalan induk ayam kg. Rata2 di kawasan Kuala Langat ni, penternak kecil kecilan ayam kg ori turut mengalami serangan wabak penyakit. Jarang dahhhh nak tengok di halaman rumah ayam kg. ori berkejaran.
           Semenjak serangan penyakit sampar Ayam Kg. Opah hanya berjaya mengumpulkan 30 ekor induk ayam kg ori. Ini sangat kecil jumlahnya berbanding sebelum serangan penyakit. Walau bagaimana pun diharapkan dengan jumlah sekecil ini, kami akan dapat membiakkan semula keturunan ayam kg ori. Lebih2 lagi sejak kebelakangan ini musim bertelur ayam kg bermula. Walaupun kutipan telur tidak mencapai sehari 30 atau lebih seperti sebelum ini, Ayam Kg. Opah secara perlahan-lahan cuba bangun untuk membekalkan semula anak-anak ayam kg. ori.
           Makluman terkini tentang percubaan kami menurunkan tanah anak ayam kg. ori sebelum berumur 4 bulan juga menunjukkan perkembangan terbaik. Setakat ni hanya berlaku 3 kematian sahaja. Cabaran terbesar yang hamba hadapi kini untuk membesarkan anak-anak ayam ini ialah perubahan cuaca yang kini berlaku. Akibat daripada hujan yang turun hampir setiap malam di Kg. Sg. Kelambu ini, beberapa ekor anak ayam ini mengidap jangkitan usus. Beberapa ekor anak ayam kelihatan monyok dan semakin melidi. Namun tindakan pantas hambe mengasingkan dan memberi ubat yang bersesuaian dapat menyelamatkan anak-anak ayam ini.
           Insyaallah hambe akan snap gambar kemeriahan di Ayam Kg. Opah. Walaupun tak le macam dolu2 tapi sekurang-kurangnya ada la gak feel bila di reban. Hehehehe..