Isnin, 22 Mac 2010

PEMERHATIAN......

Pengalaman.........
Selepas bulan keempat wat reban petelur A shape terdapat beberapa langkah yang perlu di ambil berat jika mengamalkan cara pemeliharaan Reban Opah.

1. Pemakanan.
Titik beratkan pemberian makanan. Pemberian makanan yang bermutu akan menjamin hasil ( telur ) yang bermutu. Fikirkan pemberian makanan menyamai seperti makanan ayam sebelum dikurung. Jgn sesekali kita bekalkan dedak penelor. Nanti ayamnya mengidap sindrom jatuh telo polak. Kira mcm keguguran ler. Belom ckup tempoh dalam perot dah TERTELO polak.... Siannnn

2. Pejantan.
Pejantan yang power akan menjamin telur yang dihasilkan keperatusan penetasan yang lebih tinggi. Selain faktor pengeraman juga yang akan memberi kesan keatas penetasan. Jantan yang kureng power gagal nak menunggangi ibu3 ayam yang dahaga kasih sayang tu... Akibatnya telur tak berbenih. Puasss nunggu2, tp bila sampai tarikh menetas telo tak gak menetas.

3. Pemilihan Baka.
Baka yang terpilih akan dapat menghasilkan telur & anak ayam mengikut warna dan baka yang kita hajatkan. Elakkan ibu ayam ditunggangi heheh oleh pejantan anak atau cucunya atau bapak ayam menunggangi anak atau cucu2nya. Kalau faktor ini tidak diberi perhatian.....anak ayam yang dihasilkan kurang bermutu atau susah untuk proses pembesarannya.. Adaa je masalahnya. Yang OKU pn byak gak.

4. Saiz Reban & Kayu Utk Bertenggek Utk Tido.
Saiz reban yang sesuai dengan tempat bertenggek yang mencukupi dapat mengelakkan ibu ayam tidur di dalam bekas telur. Penin wo bila dalam bekas penuh telur tapi telurnya penuh dengan tahi.... Gua kutip telo 3 ari skali heheheh... x sempat ler. Nak goreng sayang.....nak msk incubator bnyk proses yang kene buat.

sekian.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan