Isnin, 4 Oktober 2010

I'm Back.....

Susahnya...............
Memang diakui mmg ssh untuk memperolehi induk ayam kg Ori..
            Sejak sebulan selepas serangan wabak penyakit sampar, Ayam Kg. Opah telah berusaha untuk bangun semula. tp tu lahh susah bebeno untuk memperolehi bekalan induk ayam kg. Rata2 di kawasan Kuala Langat ni, penternak kecil kecilan ayam kg ori turut mengalami serangan wabak penyakit. Jarang dahhhh nak tengok di halaman rumah ayam kg. ori berkejaran.
           Semenjak serangan penyakit sampar Ayam Kg. Opah hanya berjaya mengumpulkan 30 ekor induk ayam kg ori. Ini sangat kecil jumlahnya berbanding sebelum serangan penyakit. Walau bagaimana pun diharapkan dengan jumlah sekecil ini, kami akan dapat membiakkan semula keturunan ayam kg ori. Lebih2 lagi sejak kebelakangan ini musim bertelur ayam kg bermula. Walaupun kutipan telur tidak mencapai sehari 30 atau lebih seperti sebelum ini, Ayam Kg. Opah secara perlahan-lahan cuba bangun untuk membekalkan semula anak-anak ayam kg. ori.
           Makluman terkini tentang percubaan kami menurunkan tanah anak ayam kg. ori sebelum berumur 4 bulan juga menunjukkan perkembangan terbaik. Setakat ni hanya berlaku 3 kematian sahaja. Cabaran terbesar yang hamba hadapi kini untuk membesarkan anak-anak ayam ini ialah perubahan cuaca yang kini berlaku. Akibat daripada hujan yang turun hampir setiap malam di Kg. Sg. Kelambu ini, beberapa ekor anak ayam ini mengidap jangkitan usus. Beberapa ekor anak ayam kelihatan monyok dan semakin melidi. Namun tindakan pantas hambe mengasingkan dan memberi ubat yang bersesuaian dapat menyelamatkan anak-anak ayam ini.
           Insyaallah hambe akan snap gambar kemeriahan di Ayam Kg. Opah. Walaupun tak le macam dolu2 tapi sekurang-kurangnya ada la gak feel bila di reban. Hehehehe..

3 ulasan:

  1. apa ubat cikgu bagi bila ayam dah monyk dan melidi?

    BalasPadam
  2. sy ada bagi ubat air.
    sebotol rm80.
    ptg karang kalau x lupe sy amik gambar ubat tu.
    sy beli kat kdai yg besa abg abik ubat tu.
    ala kat flyover dpn skolah cine tu....

    ayam abag ada yg kene gk ker

    BalasPadam
  3. Salam, Try bagi ubat selsema kita http://ayam--siam.blogspot.com/

    BalasPadam