Ahad, 19 Disember 2010

Ada sinar..............

Selepas dua tahun menternak ayam kg dengan pelbagai cabaran. Bergerak bersama rakan-rakan ternak sahaja tanpa bimbingan dari pegawai veterinar. Menanggung kerugian heheh taun ni je 15k...waduh2 kalau disimpan bisa pergi umrah tu..tapi atas minat dan kegilaan terhadap ayan kampung dan keyakinan industri pemeliharaan ayam kg ori ni boleh berkembang dan mampu menjana pendapatan lumayan..kutelan bulat2 segala cabaran....
Merujuk tajuk kali ni, rupa2nya segala cabaran dan rintangan kalau kita redha dan tabah serta bersyukur ada hikmah yanag tersembunyi. Dan nikmat dan sinar yang semakin dirasai meh le kita share same2. hehehe. ciput sama ciput....bukit kita blasah sesama.
Critenya mcm ni le..tapi bukit ni cume ada di Kuala langat je le. Jadi rakan ternak dari Banting dan sekitarnya...mcm ni beberapa hari hambe ni pergi pejabat Veterinar Daerah Kuala Langat. Amat menggembirakan apabila kehadiran hambe ni disambut dengan tangan terbuke dan gembira. Mereka dengan gembira cube menyelesaikan segala masalah yang kita hadapi.
      Semuanya berpunca daripada pengurusan Vaterinar daerah kami yang baru. Amat2 berbeza wa cakap lu. Skali je berjumpa mesranya macam dh sepuluh tahun. Hambe bela ayam 10 ekor  je tapi sambutannya macam hambe bele 1000 ekor polak. Kira macam tu le gambarannya. Terima kasih banyak2 kepada yang dihormati En AMRaN, En. YUsuF serta semua rakan sepertugas mereka. Misi dan Visi peribadi En AmRAn sendiri memang tak tercapai minda hambe. Terbaek korang nih!TERBAEKKK!!
      Bagi rakan2 ternak sedaerah kalau sebelum2 ni hambe mengeluh manjang kalau sebut Veterinar ni hambe nak mengajak dan menasihat..... rajin2 le ke veterinar. Tak rugi bro. Salam perkenalan dari veterinar daerah, bagi yang hadir dapat EM1 ( emas ), Molases, Bokasi dan khidmat nasihat yang amat bergune. Pehhhhhhh memang nampak sinar bergemerlapan di daerah kami....
Terbaekkkkkkkkkkkkkkkk!
sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan