Isnin, 16 November 2015

Penafsiran AKO ayam kg asli ( aka )

Asalamualaikum dan salam sejahtera...

         Sebelum hamba nak menulis ni.. Hamba nak memohon jutaan ampun dan maaf andai apa yg hamba tulis ni menyentuh rasa rakan-rakan ternak ( pehhh mood berat nih ).
Segala yang hamba tulis ni sekadar penafsiran peribadi hamba sahaja. Tidak berniat utk menyentuh pendapat-pendapat dari penternak yang lebih senior dan telah membuat kajian bertahun-tahun...

        Baekla hari ni hamba nak bagi pendapat siapakah ayam kampung asli  / ori.

       Pada hamba ayam kg asli merujuk kepada ayam kg yang biasa kita lihat orang tua kita      ( papa / mummy / tok wan / tok ki ) bela masa kita kecik2 dlu.....bela pun lepas bebas jeee. tido atas pokok jering, pokok ciku, pokok jambu dan pokok2 lain yang bersesuaian laa... Kalau setakat pokok 8 kaki tinggi...skali henjut je ayam ni terbang.      
        - bela bebas lepas. bela lebih mudah. takda reban pun blh bela ayam -

         Dari segi tempoh matang ayam...kussssss semangat. Nak menjadikan ayam tu besar dan sesuai untuk sembelihan zaman papa / mummy dlu mmg lama.. lima enam bulan baruuuu boleh sembeleh. berat pun umur dah bnyk tu baruuulh sekilo setengah. Kalau yang betina lagi parah..berat baru sekilo dua.kalau dah kacuk ayam hutan (ayam yg bertelinga putih tuu ) lagiiiiilh parah. bela sampai bertahun saiz ayam mcm tu je laaaa. tapi ayam jenis tu rare tu. ada peminat sendiri....Ketika dan time tu nak sembeleh ayam laaaa...ayam tu berbunyik ayam dah matang...dah bertukar suara garau.( dah baligh heheh ).berkokok bagi jantan dan betina berkiok2....
        - lambat besar -
           

.......  tika dan saat tu ada juge macam2 rupe ayam.  Ada la ayam lehernya tak berbulu ( merujuk kepada ayam botak / ayam jepun )...ayam bulu balik ( rare ayam nih )..ayam kaki tinggi2 ( merujuk kepada ayam kg baka sabung ) ayam itam semua ( merujuk ayam chemani ), ayam hutan ( merujuk kepada ayam bebas tidak bertuan. ayam lindungan tu ) ada yang kaki kuning ada kaki hitam ada ayam yang kakinya berbulu sekerat. warna bulu chantekkkk. Berkilat!. heheh ayam arab xda heheh.
         - ada pelbagai rupe dan jenis -

          
        Makanan ayam ni  biasalaaaa pelbagai...tapi utk penjimatan sbb kene bela lama sisa dan bahan buangan manusia jadi pilihan. ( merujuk kepada nasik basi, kerak nasik...sisa dapur...sisa bahan manusia heheh ) dan kalau yang upgrade ckit jagung dan teligu lee.. ayam tu nak nak jumpa dedak komersial mimpi di siang hari laaaa...
         - makanan yang pelbagai / cincai2 jeee -

        Tang rasanya pulak....komfem2 laaaa aym yg dah bnyak umur liat dagingnya. lagipun ayam2 ni kan  makannya mcm2 jadi dagingnya ye rasanya lebih manis dan pejal. ayam dah matangg. Buat gulai pn masak kene lebih lama. Tak masak lama kaluuuuu....baling dinding melantun leee. Pendek kata bila kita masak ayam ni kita akan terbayang dan teringat papa dan mummy kita.
         - kelazatan daging ayam bergantung kepada makanan dan umur yang diberikan -
                                         - lidah tidak menipu kalau tang rasa ayam kg asli ni -


jadi sebagai menyimpulkan pendapat hamba di atas berkaitan ayam kg asli sebarang ayam yang bila hamba pandang...hamba terbayang dan teringat papa dan mummy hamba...itulah yang hamba anggap ayam kg asli....
       
walau apa2 pun setiap ayam2 nih ada je peminatnya masing2. Jadi tak perlu la kita nak persoalkan kengkawan yang bela ayam pesen lain. Pasaran utk setiap jenis ni ada jeee.cume kite perlu xplo jee. kita bina rangkaian pasaran. Biar pelanggan yang membuat pilihan ayam mana yang dia nak beli. kita bela ayam kalau xda sapa nak beli...kan susah tuuu. kalau nak beli pun harga xblh bla.. biasalaaa pembeli mesti nak beli barang baekkkk tapi harga murah heheh. tapi bagi hamba, hamba pilih berternak ayam yang papa dan mummy saya bela....
sekian... adiossssss

1 ulasan: