Rabu, 6 Oktober 2010

Suasana Terbaru Di Reban Ayam Kg. Opah

 Telur2 hasil dari Reban Ayam Kg. Opah...
yang asing dalam try tu telur puyuh putih.
Kira jadik laaa
 Walau tak macam dolu2......
tapi kira ok la jugak.
alhamd..
 Ni hasil dari incubator
umur dalam 2 minggu
 Ni anak2 ayam mutiara...
nak jual tu.
sapa yang berminat
boleh ler call
harga boleh sembang2
hheheh
 bercampur dengan ayam kg...

 Ni brooder untuk anak ayam lepas kuar dari brooder di dalam bangunan.
alaaaaaaaa kt blakang dapur je
heheheh
 ini ler antara penghuninya...


Ni antara induk yang dapat kami kumpulkan....


layannnnnn...........


Induk mutiara yang kami ada....


 Degil sungguh....


Atas pokok gak pilihan die


Bapak dan induk Belanda yang berbaki

 Tidur atas atap.........
angin sejuk
view power hehhee
 yang kecik2......
rendah jer ler pot tidurnya..

 layannnnnnnnnnn......

Tinjau pot mana nak tidur la tuuuuu


Generasi Last selepas kematian beramai2 bulan Ramadhan.....


Layan.....


Generasi terakhir sebelum kematian bulan Ramadhan...


Reban dulunya penuh dengan induk ayam kg...

Penghuni Terbaru..........
tapi sekor jerr
Siannnnnn...
bila la nak dapat pasangan.
Sesiapa yang nak bersedekah pasangan........
sangat2 dialu2kan
heheh

Selasa, 5 Oktober 2010

Hujan la polak...........

Takde benda pn yg nak ditulis......
cume nak bagitau jer..
Besa ujan pagi..........arini dibantainya ujan petang.
dalam kecoh2 nak bagi makan ayam terlupe la polak nak amik gambar suasana terbaru di Reban Ayam Kg. Opah...
lagipun mcm x best je dalam keadaan lecah macam tu di ambik gambar....
so kesimpulannya..........gambar2 akan menyusul kemudian.
nak info jer ada le dalam 10 ekor anak ayam mutiara yang nak dijual.
umur dh sebulan yang paling tue....yg muda bawah sebulan ler hahahahah....
harga rm35 jer. amik semua hambe bagi diskaun baek punya...
yg lebih besar anak ayam mutiara tu nak wat tambah induk lerrr...
ingat nak wat modal untuk beli induk ayam kg ori lerr....
sekian

Isnin, 4 Oktober 2010

I'm Back.....

Susahnya...............
Memang diakui mmg ssh untuk memperolehi induk ayam kg Ori..
            Sejak sebulan selepas serangan wabak penyakit sampar, Ayam Kg. Opah telah berusaha untuk bangun semula. tp tu lahh susah bebeno untuk memperolehi bekalan induk ayam kg. Rata2 di kawasan Kuala Langat ni, penternak kecil kecilan ayam kg ori turut mengalami serangan wabak penyakit. Jarang dahhhh nak tengok di halaman rumah ayam kg. ori berkejaran.
           Semenjak serangan penyakit sampar Ayam Kg. Opah hanya berjaya mengumpulkan 30 ekor induk ayam kg ori. Ini sangat kecil jumlahnya berbanding sebelum serangan penyakit. Walau bagaimana pun diharapkan dengan jumlah sekecil ini, kami akan dapat membiakkan semula keturunan ayam kg ori. Lebih2 lagi sejak kebelakangan ini musim bertelur ayam kg bermula. Walaupun kutipan telur tidak mencapai sehari 30 atau lebih seperti sebelum ini, Ayam Kg. Opah secara perlahan-lahan cuba bangun untuk membekalkan semula anak-anak ayam kg. ori.
           Makluman terkini tentang percubaan kami menurunkan tanah anak ayam kg. ori sebelum berumur 4 bulan juga menunjukkan perkembangan terbaik. Setakat ni hanya berlaku 3 kematian sahaja. Cabaran terbesar yang hamba hadapi kini untuk membesarkan anak-anak ayam ini ialah perubahan cuaca yang kini berlaku. Akibat daripada hujan yang turun hampir setiap malam di Kg. Sg. Kelambu ini, beberapa ekor anak ayam ini mengidap jangkitan usus. Beberapa ekor anak ayam kelihatan monyok dan semakin melidi. Namun tindakan pantas hambe mengasingkan dan memberi ubat yang bersesuaian dapat menyelamatkan anak-anak ayam ini.
           Insyaallah hambe akan snap gambar kemeriahan di Ayam Kg. Opah. Walaupun tak le macam dolu2 tapi sekurang-kurangnya ada la gak feel bila di reban. Hehehehe..

Sabtu, 18 September 2010

ALHAMDULILLAH...........

Alhamdulillah....................
Simtom ayam rupe mcm sakit rupe2nyer cume bersifat sementara...........
arini hambe duk lame dalam reban A tuu.........
sambil tengok anak2 ayam makan dedak komersial.
Sronok sungguh tengok ayam2 tu makan. berebut2......padahal tembolok dh besar.
Kene topup semula makan dedak komersial, sebab bila di tengok2,,,diperati2,
rupenya ada anak ayam yang mula mematuk kawan2nya yang tidak cukup bulu lagi.
nampak ler kat kepak2 dia luke berdarah sebab kene patuk kawan dia yang kureng protein...
Harap2 trik bagi makan dedak komersial ckit sebelum diberi dedak buatan sendiri akan menyelesaikan masalah kanibalish dalam reban tu.

Jumaat, 17 September 2010

Aramakkkkk................

Semalam hujan kat area banting.
Ujan kaw2 pnya...
Kawasan Reban Ayam kg Opah bergenang air.....
Bila tringat tu je terus hamba tengok anak ayam yang hamba turunkan awal aritu..
Risau wooo....
Memang sah...
Ada beberapa ekor anak ayam yang mula menunjukkan simtom2 sakit.
2 ekor buat muka mcm termenong je.
2 ekor lagi kepak mcm terjatuh je.
ADUSSSSSSSSSS...........
Ni kira parah nih..........
Arini..........
Hamba nak setlekan msalh ni dengan membersihkan reban tu.....
Tengok gak kalau ayam semalam klau kadar kemurungannya bertambah...........
Hamba pikir2 nak masukkan semula anak2 ayam tu ke reban atas semula...

Khamis, 16 September 2010

WAH...WAH.....


Hahahah............beraye sakan hambe taun nih.

dalam jiwe kacau aritu time banyak ayam yg sakit, tapi bila raye time sampai...........

pulun sampai puas ati kami sekeluarga..............

ayam pulak dah kureng jadi boleh le bagi makan main skip2..........2 ari skali ker

buh skali banyak hahahah

perkembangan setakat nih anak ayam yg hambe turunkan alhamd still happy n healty kot..

tengok bergumbira je berkejar2an dalam reban A...

setakat nih belom ada yang terkorban lagi ler..

harap2nya tiada ler yang terkorban...

sayang beb sebab baka terakhir sebelom wabak aritu..

baka2 tu termasuk ler selasih botak heheheh

champion tu....

bulu n body mcm ayam kg tapi tu ler kulitnya itam...

nampak gaye mcm jantan tu...

hahahah.. champion.

bila anak2 ayam dh turun tanah bertambah kureng le kerja hamba...

hahaha bagi makan pon boleh skip2.

untung2 ..... hahahah kata isteri hamba..

maklum ler hambe boleh diajak beraye kemana2

kalau sebelom tu kene ontime...

cukup masa hambe kene masuk opis..tp taun ni ikot suke hati dia nak ajak mana2.

JIKA mengikut pemerhatian hambe beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk menurunkan awal anak ayam ketanah...

perkara yang paling awal dan perlu diambil perhatian ialah kebersihan kawasan dan bekas makan dan minuman...

seelok2nya bekas makan dan minuman perlu dicuci sekurang2nya seminggu skali..

kawasan dalam reban juge perlu dibersihkan...

ini bagi mengelakkan anak2 ayam tu dijangkiti penyakit yang berkaitan usus...

sperkara lagi apa yang hambe buat ialah camporkan le air minuman ayam2 tu dengan ubat sirap merah tu...

buh je cair2...

untuk kekalkan kesihatan anak2 ayam tu.

selamat hari raye dari ayam kg opah...
maaf zohir dan batin

sekian...

Sabtu, 11 September 2010

Percubaan...........

Tengah try letakkan anak2 ayam berumur sebulan lebih kat dalam reban A...
dah letak 3 hari...setakat ni masih sehat2 nampaknya.....
malam ni cadang nak turunkan lebih banyak anak2 ayam dalam reban A...
almaklum ler reban A tengah kosong..
induk2 ayam tengah takda.....
juga tengah try bagi makan macam2 jenis makanan.
selain dedak komersial anak2 ayam ni turut di beri makan soya basah yang dicampur dengan jagung tepung & daun2 hijau ( rumput dan daun ubi )
setakat ni nampaknya anak2 ayam tu baham jer makanan yang di beri tu...
perkembangan seterusnya kene le pantau dari masa kesemasa...
sebelum terlupa juga......
kami Ayam Kg. Opah mengucapkan Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin.
sekian

Selasa, 31 Ogos 2010

setuju...........

Pengalaman hamba ler..............
mmg sgt betulla pendapat citypull berkaitan proses penurunan anak ayam kg ori selepas 3 bulan...
kalau mengikut pengalaman hamba ler
cabaran paling besar ialah proses penyesuaian anak ayam tu dari peringkat penjagaan sepenuhnya oleh kita kepada proses berdikari anak-anak ayam kg tu....
bukan setakat pemakanan dan pemangsa, cuaca juga sangat mempengaruhi peratusan kematian anak2 angkat kite tu....
percaya atau tidak hamba pernah mengalami pengalaman meletakkan anak ayam sebanyak 100 ekor dalam reban berukuran 10x10 berlantai papan tetapi peratusan hidup hanya 50% sahaja...
mengikut pemerhatian hamba punca kematian akibat daripada;
1. Penyakit disebabkan jangkitan kuman dalam perut...
Ayam jadi kurus.....lemah dan akhirnya mati, walaupun bila diperhatikan makan berselera je anak ayam tu.sah2 le kene sakit jangkitan dalam perot....
2. Pemangsa.
Biawak berwarna kelabu dan berekor panjang sangat tertarik dengan bunyik cip12x anak ayam kg nih.kalau yang ekornya pendek dan kaler dia hensem ckit kurang tertarik untuk makan anak ayam.biawak ni tertarik dengan telur2 ayam.pernah sekali tu,sekali datang sekali berkumpulan daaaaa....cis puas hambe mengejar biawak2 tu.dah la anak2 ayam ni buat selambe je time biawak datang.macam kawan2 je.......heeheh. owner ayam lupa nak kenalkan mana musuh mana kawan heheheh.
3. Cuaca.
Cuaca melampau terutamanya menjadi satu masalah kepada anak ayam tu...bila malam apabila sejuk teramat2 jika jumlah anak ayam terlampau banyak akan menyebabkan ayam tidur berhimpit2. lebih teruk lagi bertindih2.ini adalah kerana anak2 ayam ni cuba memanaskan badan mereka.akibatnya anak aym ni mati lerr. bila hujan polak oleh kerana sebelum tu anak2 ayam ni hamba tak diberi kursus jika menghadapi cuaca berhujan, akibatnya anak2 ayam nih tak reti nak mencari tempat teduh....bila siang laaaaaaaa anak ayam mati kesejukan. pernah sekali bila hujan mengejut diwaktu siang hamba terpaksa menghair drayer ayam2 tu untuk mengeringkan bulu2 mereka.
kalau seko 2 tak per.........kalau 100 ekor........tergelak2 hambe sambil menghair drayer...
.........Jadi kesimpulannya memang hambe sgt3 bersetuju ler dengan pendapat citypull...
lebih lambat kita menurukan anak ayam ke tanah lebih besar ler peluang anak2 ayam tu untuk hidup membesar...
sekiann......

Sabtu, 28 Ogos 2010

Berbalance.............Alhamdulillah

alhamdulillah......................
nampak gaye kematian ayam dah tak berlaku........
last 3 ari lepas.
induk ayam belanda mati.
hingga arini belum ada kematian yang dicatatkan...
tapi.........
heran gak sejak dua menjak ni.............
biawak bukan main meriah datang mengunjungi reban ayam opah..
puas dalam2 posa ni mengejar biawak...
kalau boleh dikari ok gak
heheheh
tp selepas beberapa kali terlepas biawak tu..........
arini 2 ekor biawak berjaya dikorbankan....
harap2 biawak lain tu pikir2 16 ribu kali untuk datang berkunjung
heheheh
sekian

Jumaat, 27 Ogos 2010

beberapa persoalan...........

ni nak mintak pendapat bloger2 & penternak otai atas beberapa persoalan yang timbul daripada pengalaman yang dah hambe rase...............
agak2nyer ler...............
1. brape lame virus ND @ virus-virus yang mampu membunuh ayam kg. secara besar2an ayam2 kg ori boleh bertahan kat kawasan reban selepas perumahnya tiada ?????
2. apa ler bahan yang terbaek & termurah yang boleh digunakan untuk pembasmian kuman dikawasan reban??????????
3. macamana polak ayam2 yang imun @ yang idup berbaki daripada serangan virus2 tu....
adakah ia pembawa virus kegenerasi seterusnya????
4. kalau ia pembawa.........ada ke obat2an yang boleh diberikan untuk menyembuhkannya???
sekian....

Khamis, 19 Ogos 2010

Kelemahan Terbesar Penternak Kecil-Kecilan..

Ni pendapat hamba yang dah tak berayam ler nih.... ( hukum tutup reban kot??? )
heheheh.....
cfu citypull kene pk ni... ( jgn marah ar bang )
heheheh
masalah incubator kira dh seatle nih. dah ramai pn dh celik mate berkaitan incubator ni. dah ada rakan pengusaha pn yang buat secara besar2an pn.
jadi hambe pikir2 antara kelemahan terbesar penternak ialah:
1. pengetahuan berkaitan vaksin ( untuk elakkan jadi nasib mcm hambe nih ).
2. pengetahuan berkaitan ubat-ubatan ( jgn pk kalau bela ayam kg ori tak perlu ubat tau )
3. pengetahuan berkaitan pengawalan penyakit ( kalau tak...... sekampong abis ayam kg ori wo )
4. hubungan dengan pihak Xxxxxx ( yer ar kita bela n selesaikan msalh penternakan melalui kengkawan jer... pihak Xxxxxx mana???? )kene pk mcmana cara nak buat hubungan yg baek dgn pihak Xxxxx. yer arr kat sape lagi kite nak mengadu kan??? kalau askar mengadu kat jabatan pertahanan...kita penternak??? kalau xda hubungan yang baek macmana ek??? kalau pihak Xxxxxx tak penah nak amik tau nasib kite...macamana ek???jawab2 heheheh
5. modal ( mana nak carik modal semula bila dah kene nasib mcm hambe ni ). mana agaknyer pihak-pihak yang berkaitan ye??? kite ni kire penyumbang ternakan eksotik wo.... ( ayam kg ori kire eksotik wo ) bantu2 ler. kalau nak diikut le pihak-pihak atasan yang berkaitan, makan ternakan ayam eksotik kite nih. diorg tau kesedapan produk kite nih... heheh makan tau memilih yang terbaek, tapi tak nak tolong....hehehe heran2. cacing yang diorg x makan diorg bagi kaw2 bantuan. ceh!!! sian kite rakan penternak kan kan kan???
ni pendapat peribodi jer...
jgn marah arrrr
sekian.

Rabu, 18 Ogos 2010

ITIK SERATI...

Hamba ada stok itik serati untuk dijual....
Jumlah itik yang nak dijual sebanyak 400 ekor sahaja...
Itik2 ni dah matang dan menunggu masa je nak bertelur...
Kalau ada yang berminat jemput2 ler info kat hamba.
alaaaa itik rakan penternak....
sian kat hamba yang tengah pening ni kot.
tu yang bagi peluang kat hamba tlg jualkan itik2 dia.
sekilo rm 13 sahaja.
sekian.

Ahad, 15 Ogos 2010

Tinggal berbaki 20 ekor....

wah2................
dari seramai aritu................
dari semeriah2 aritu................
tinggal berbaki tak sampai 20 ekor.
waduh2.......... sayu.
anak2 ayam kg ori memanjang terus gak terjebak dalam kancah pembunuhan ni...
bayangkan tiap2 ari lebih 30 ekor terkujur kaku.
yang dewasa termasuk yang otai2......menyembunyikan atau tertunduk malu sambil bernafas dalam kesemputan.....
kalau malam mengintai diorg tdo pn sayu...
geli2 pn ada gak.
macam bunyik ajis, sudin dan ramlee mendengkur.........
heheheheh........
semalam rakan ternak dari melaka ( saudara kamal ) mencadangkan rawatan menggunakan panadol bagi ayam dewasa dan axtifast bagi baby2 ayam tu.
ayam opah tengah menunggu & menanti keputusan hingga esok hasil ubatn2 manusia ni.
takut ubat tu kurang berhasil tidak seperti rakan ternak ini terima yang berjaya menyembuhkan ayamnya..........
almaklum ler kat reban opah ..... ayam2nya dah parah dahhhhhhhh.
layak masuk icu dah...
tp apa2 pn
ayam kg opah skng dah kehabisan modal nak pk mcmana nak selamatkan ayam2 yang berbaki nih.................
jadi usaha termampu kami skang berdoa jer lerr....
pas2 teraweh doa2 harap2 sok takde kematian lagi.
arini 7 ekor termasuk sekor lagi champion laga tertunduk layu....
sekian.

Rabu, 11 Ogos 2010

aduhaiiiiiii...............

untuk sekian kalinya....................
dah cube pelbagai ubat untuk mengubati ayam2 yang demam kure2 tu.............
tapi still x berjaya...........
arini jer mati lagi 20 ekor induk & 2 bapak ayam arab & 2 bapak champion ayam kg ori & sekor mutiara & seko bapak kacuk ayam pelong..............
sayang tu ayam pelong tu
time berkokok panjang halus dan sayuuuu je time sehat.
ni dh takda, rasa sunyi jer.
aduhai...................
mutiara tengah musim bertelur lak tu...........
aduyaiiiiiiiiiiiiiiiii.
cobaannnnnnnnnnnnnn.............
sekian....
cobaaannnnnnnnnn.

Selasa, 10 Ogos 2010

Jiwa Kacau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............................
hampir 200 ekor induk kat reban ayam kg Opah mati...................
dah hampir seminggu setiap hari hampir 25 ekor dan kadang kala lebih mati.................
bapak2 dan jagoan jantan????????????
aduss.............
termasuk le bapak sabung yang berharga xxx terkorban.
kalau dulu nak ke reban rasa tak sabar jer......
tak sabar nak tengok anak ayam menetas................
tak sabar nak bagi makan................
tak sabar nak bersihkan reban2 A..............
pendek kata memang tak sabar le nak ke reban..
apa perasaan hamba sekarang????
jiwa kacau !!!!!!!!!!!!!!
Ya Allah tabahkan hati hamba nih.......
Kerugian???????????
malas nak pikir dan kira.........
nanti Jiwa Laaaaaagi Kacau.
Jadi dengan ini di istiharkan dengan sayu pilunya................
oleh kerana ayam kat reban pn tinggal beberapa kerat tu pn x brape nak sihat.............
jadi dengan ini...........
hamba mengistiharkan kawasan reban Ayam Kg. Opah kawasan bencana...............
aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiii.................
sebarang lawatan kalau boleh ler
tangguh2kan.
hamba nak melayan rase hiba solo2 jer.
apa2 pn terima kasih atas cadangan obat2an dan cadangan penyetelan masalah serangan penyakit yang reban ayam kg Opah hadapi...........
nak bagi hamba peluang bertenang2 kot kat bulan posa ni
suruh g solat jemaah.................
amin
sekian.
aduhaaaaaai...........................
heheheh
ntah bile le boleh bangkit semula untuk membekal induk & anak & pejantan...........
modal dh abisssssssssssss
mana lagi ler hamba nak carik modal nih....

Sabtu, 7 Ogos 2010

PENGUMUMAN

LAWATAN KE REBAN OPAH DITUTUP BUAT SEMENTARA...
SEBARANG JUALAN DAN PEMBELIAN JUGA DITANGGUHKAN..........
INI BERPUNCA DARI SERANGAN PENYAKIT AYAM...............
DIKUATIRI & DIBIMBANGI PENYAKIT AYAM AKAN MEREBAK KEREBAN OPAH ATAU MEREBAK KE REBAN RAKAN2 PENTERNAK.......
SEKIAN TERIMA KASIH..............

BANYAK REBAN2 BERHAMPIRAN TELAH DISERANG DENGAN PENYAKIT AYAM..

Sabtu, 31 Julai 2010

Garbar terbaru penghuni ayam kg Opah....

tengah makan....
ni induk dan pejantan mutiara......
ada 15 ekor kot
dalam proses pembiakan....
anaknya ada ler dalam 10 ekor.
blh jual kot kalau kene harganya
heheh

ada lebih kurang 10 ekor jer.........
nak jual.
sape cepat dia dapat.
harga blh bincangggggggg
heheheh




ni pejantan baru nih!



ni penghuni baru ayam kg. opah.............
champion nih!
pejantan lage ori terengganu mari........
kene harge insyaalah...............
heheheh


ni pejantan selasih...............
champion gak nih.........
dlu ada sepasang tapi pasangannya dah mati............
ada ler dua tiga ekor anaknya yang terkacuk dgn ayam kg ori.........
nak tengok ape warnanya kalau beso sok.







pejantan belanda serba putih.................
champion gak nih........
heheheh tak jual.......
anaknya ada 5 ekor nampak gaye mcm serba putih.
aaaaa yg tu blh jual.






penghuni baru.........
lama mencari nih.........
champion........tak jual.






pejantan teruna ayam arab nak dijual............
ada 10 ekor untuk let go
sekian







Selasa, 27 Julai 2010

Induk Ayam Belanda....

Saya ada stok beberapa ekor induk ayam belanda & turkey untuk dijual......
ayam dah bersedia untuk bertelur....
sekilo rm25........
sesiapa yang berminat......
sila bagi info.
sapa cepat dia dapat.
p/s : beli induk lagi untung..........cepat ckit nak bertambah ayam...
nak bela dari kecik lambattttt.
hehhehe

sekian.

Jantan Baka Ayam Arab

Saya ada beberapa ekor pejantan baka ayam arab untuk dijual.................
Pejantan dah berumur lebih 5 bulan........
Berat seekor lebih kurang 2 kilo.........
Harga seekor rm40.
Sapa cepat dia dapat........
sekian terima kasih...

Ahad, 25 Julai 2010

Cara Nak Menjinakkan Ayam Yang Liar......

Ni pengalaman gak ler..............
kita maklum ayam kg ori ni mmg agak liar ............
nak tangkap pn ssh.
kekadang pembeli kira balik tangan kosong ler kalau ayam2 tido di tempat yang tinggi.
Memang ler ayam yang tido atas pokok tu kire lebih selamat.
Pemangsa tak dpat nak tangkap ..............
kite pn ssh ler nak tangkap.
putih mate gak ler tuan ayam kalau ayam2 tu tido kat tempat tinggi.
Di reban Ayam Kg. Opah.................
cara yang diamalkan ialah ;
1. time kite datang kereban, datang ler dengan baju yang dah biasa di pakai.
kire ayam2 tu kenal ler dgn tuannya.
jangan ler gune pakaian yang lain2 dan pelek....
lambat ayam tu jinak.
2. cube amalkan juge time bagi makan gunekan tangan....
muler2 panggil ler dengan bunyik yg sesuai...........
riririririiiiiiiiii ker...........keeeeeeeeeeerr ker.............
biler dah datang berduyun2 tu bagi ler ayam tu makan dengan tangan.
pujuk ayam2 tu dengan menaburkan makanan dekat dengan kite.......
lama kelamaan ayam tu lupe diri...........
last2 satu pringkat ayam tu boleh makan di tapak tangan jer...
3. bagi ayam2 yang kite beli dah beso polak............
cara terbaek ialah kurung dulu ayam2 tu dalam reban sebelum dilepaskan...
kurung ler dalam seminggu dua. bagi ayam2 tu kenal tuannya yang baru..
kalau bela ayam ikut sistem lepas.... dengan mengurung mcm tu, ayam2 tu kenal tempat
tidonya yang baru........
Kat reban Ayam kg ori opah...........
proses mengurung tu juge ialah cara terbaek untuk menjinakkan induk yang tido kat atas pokok.
tangkap time mengeram.
pastu kurung seminggu dua...
mesti jinak pastu......
takde ler ayam2 tu mengada2 nak tido atas pokok lagi......
sekian.........

Cara nak mengutip telo ayam dan make sure Induk Mengeram............

Post kali ni..
Ni nak citer ckit stail dan pengalaman ..................
almaklum jer ler dah masuk dua taun membela ayam kg ORI.......
ada ler ckit2 pengalaman & pengetahuan...
boleh ler dikongsi2 dgn kawan2.
Sejak gune incubator ni, sian induk2 ayam kg ori kat Reban Ayam Kg. Opah...
langsung dah tak merase pengalaman nak mengeram......
ye ler........
betelo jer..............
dah kene cilok telonya dengan tuannya........
ni nak citer ckit time terbaek bagi gua ni nak mencilok telo2 ayam2 tu............
waktu terbaek ialah waktu malam.......
ni untuk mengelakkan induk2 tu nampak pencilok mencilok telo2.
penting tu........
kalau mengikut pengalaman gua ler.......
time2 ayam tu rabun malam induk ayam tak nampak le perbuatan terkutuk tuannya. heheheh
ini mengelakkan ayam2 tu fobia untuk terus bertelur kat sarang dia...
juge dicadangkan time mencilok tu jangan ler haloba sangat.........
tinggalkan telo2 tu barang sebiji dua....
ni untuk supaya ayam2 tu konfiden untuk bertelo di tempat yang sama.......
kalau berpindah tempat telo haru gak tu...........
berketok2 ayam tu tak tentu hala............
bila dh abis proses bertelo polak.................
cara yang paling mudah dan gua rase tepat untuk sure ayam tu mengeram, ialah time malam2..
time malam ler induk ayam yang dah abis bertelo akan tidur di dlam sarang tempat telonya....
nak jage telo2nya...........
jadi tak ler kite teragak2 ayam mana yang dah mengeram.
satu lagi time mengeram ler time terbaek untuk menjinakkan induk2 ayam yang liar & bohsia
maksudnya ialah bagi ibu2 ayam yang tidur atas pokok...........
time ni ler time paling mudah nak tangkap.
untuk mempercepatkan pemulihan & menghilangkan perasaan ayam2 tu nak mengeram polak ........
dicadangkan........
1. Kurung ayam2 tu di reban yang agak tinggi...
jgn bagi can ayam2 tu untuk memijak tanah.
bagi ayam2 tu sejukkkkkk jer bontotnya.... hahahahha
kasi berangin ckit bontot dia hahahah
2. Bagi makan ayam2 tu makanan terbaek........
kalau kat reban opah, bagi dedak starter & gandum.....
kalau ikut gua ler, tujuannya untuk bagi sistem dalaman ayam tu orait semula...
3. Sesekali mandikan ayam tu dengan memancut ayam2 tu dengan
air sejuk @ air paip...
kira macam mat gian ler...untuk menghilangkan giannyer kene mandikan dgn air
sejuk...
4. Last skali ............
letak ler jantan yang power & miang & bohjan...
Tujuannya supaye induk ayam tu cepat pulih & lupe gian mengeram..........
kire nak bagi pulih le semangat induk ayam tu bersosial & berpoye2 semula...
Hasil daripada amalan yang dilakukan tu..........
Induk ayam kg. ori kat reban opah lebih cepat untuk bersedia bertelur semula...
telor2 yang dimasukkan dalam incubator alhamd............
menetas.
ibu2 ayam polak lebih manja..........tak ler liar semacam jer
sekian.

Isnin, 19 Julai 2010

Reban A shape gaye Ayam Kg Opah...

Bila ditengok2.....................
memang ler reban A shape di Ayam Kg Opah menyerupai Reban CITYPULL.........
mmg tidak dinafikan2......
heheheh.
kalau nak tau actually bentuk tu merupakan master peace dari Citypull........cume hambe di Ayam Kg. Opah tercepat jer lounch reban tu berbanding Citypull.
Ucapan time kasih dari Ayam Kg Opah.............
cume............
ada beberapa mody yang dilakukan mengikut kesesuaian hambe ni..............
Mody yang dilakukan terutamanya dari segi saiz.........
Kami di Ayam Kg. Opah membina mengikut kesesuaian yang paling ngam mengikut pemikiran hambe...........
Di Ayam Kg. Opah kami membina demi kesesuaian BUDGED dan PENGURUSAN REBAN...
Berikut keterangannya.........
Rangka reban kami gunakan kayu yang bersaiz 2' x 2' .......... kayu 2nd jer....
saiz kayu tu rengan ckit kerjanya sbb reban kami panjangnya 8 kaki dan ketinggian 6 kaki..
Lagi pun hargenyer murah ler ckit... buged ciputttt.
knape ek besar sgt.........heheh dah macam saiz rumah seley kat tepi pantai jer..
Saiz yang besar tu tujuannya ialah bio mudah nak diselenggara.
nak tangkap ayam pn sonang..
manala tau ada kawan2 yang berminat dengan induk kami........
kami kat Ayam kg. Opah tak kire... heheheh
asal harge sesuai kami akan jual induk & bapak ayam kami.
asal ayam jadi duit hahahahah
jadi barang sesiapa yang berminat.......
jemput2 ler
seperkara lagi ialah supaya senang ler nak kuar masuk reban untuk tujuan pembersihan...
nak sapu tahi n balance2 makanan yang x abis.
maklum ler kami ada bagi gak batang pisang sebagai makanan tambahan.
reban yang bersih penting woo..........
kureng ler kematian.....ayam pn selesa untuk telo banyak2
heheheh...bagi tokey kaye ckit. hahahahah
seterusnya...........
atap yang digunakan ialah atap ardek............ 2nd gak.
tujuannya............ atap ardek lebih sejuk dan tahan walaupun beratnya........aduyai!
mengikut pemerhatian hambe ler..............
oleh kerana reban2 kami tu kat tengah panas ( nak bagi taik ayam kering & kawasan tak beratap cepat kering time ujan )
penggunaan atap ardek memberi kelebihan dari segi mengurangkan kepanasan dalam reban yang beratap.....
kalau gune zink...........
mmg le rengan kerjanya tapi kepanasannya pehhhhhhhhhhhh..
silap2 telo boleh kering wo..
dari segi ketahanannya polak zink kalau kene tahi ayam cepat jer berkarat...
kalau ardek........ gasak ler ayam tu nak berak2 banyak atas atap tu...
tak karat pon. sok2 kalau ujan bersih balek atap tu.
tak caye..........try ler.
heheheh.
kalau nak tengok real2 reban kami.............. jempot2 ler.
tapi info le dlu...
takot sy xda polak.
nayeeee.
ishhhhhhhh dah panjang sgt nih!
esok2 kalau ada rejeki saya akan lukiskan pelan reban Ayam Kg. Opah.
sekian......

Anak Ayam Kg. Ori...Anak Ayam Belanda...

Dah ada stok anak ayam kg ori.........dalam 100 ekor..
umur dalam lingkungan 2 minggu dan kebawah..
.......Juge balance anak ayam belanda dalam usia lingkungan 2 minggu kebawahhh
cepat2 sape cepat dia dapat.............
lagi lambat harge melompat
heheheheh
sekian........

Ahad, 11 Julai 2010

Stok Anak Ayam Belanda..........

Stok anak ayam belanda datang lagi..................
insyaalah dalam minggu depan sampai ler............
jadi barang sesiapa yang berminat bagi2 ler sms ke info ker.
Bimbang sok tak dapat lak.
Sekian Terima Kasih

Rabu, 7 Julai 2010

Hujan Datang Lagi...........

Wah2 musim ujan datang lagi.....................
jd kene sedia ckit.........
reban kene slalu bersihkan.
lebih2 lagi kalau ayam yang makan lebihan nasik kedai....................
lebihan makanan kalau tidak dibersihkan akan mengakibatkan banyakkkkkkkkk masalah...
masalah biasa2 bau ler................
masalah kedua bila musim ujan banyak penyakit yang tak dijangka datang....
cadangan gua.................
sesapa yang bela ayam dalam jumlah banyak............
rajin2 ler sembur EM1
EM1 sememangnya mustajam bagi mengurangkan bau dan mengurangkan banyak penyakit yang berkaitan virus..............
terutamanya.......colera.
bagi gua ler.........ubat mustajam kalau ayam tetiba monyokkkkkk jer.
badannya polak kuruss je.........
gune ler ubat tiga serangkai..........
insyaalah mustajab........heheheh
sekian

Ahad, 4 Julai 2010

Hari2 penuh peristiwa....

Sabtu...............
Adussssssss stok anak belanda tak cukup.......
segan juge tak dapat memenuhi permintaan anak ayam belanda rakan2 penternak.
Padahal dh janji tuu............
adusssssssssssssssssss!
mohon banyak2 mintak ampun dh maaf ye kawan2..........
next batch insyaallah saya cube tunaikan permintaan tu.
Sabtu.............
Terima kasih kepada En. Mustafa dari Batu Pahat kerana berurusan dengan kami.
harap2 anak2 belanda yang dibeli dapat dibesarkan dengan jayanya.
kalau beminat untuk mencukupkan lagi jumlah anak belanda...
next bantch kami ada stok lg.
jauh perjalanan untuk mengambil
Rupe2nyer............
sedap mabeles rasa daging belanda ekkk...............
patut ler omputih makan daging belanda tu time2 hari kebesaran diorg tu sejak dolu2 lagi...
ber yeye diorg nak carik daging belanda tu.
kira kalau org melayu time raye ber yeye cari ketupat.........
bagi kawan2 yang nak rase
try2 le beli n masak
pehhhhhhhhhhh mabeles.
sekian.

Khamis, 1 Julai 2010

STOK ANAK AYAM BELANDA...

stok anak ayam belanda utk batch bulan ni dah abis.................
rakan penternak dari rembau seorang guru telah sapu abiss............
beliau telah beli 50 ekor anak ayam belanda yang berbaki.
sekalung ucapan terima kasih kerana sudi berurus niaga dengan kami...
bagi rakan2 yang masih tercarik2 dan berminat utk membeli anak ayam belanda....
next batch insyaallah ada..............
sekian terima kasih

Isnin, 28 Jun 2010

STOK ANAK AYAM BELANDA...

sTok anak ayam belanda akan sampai minggu hadapan..................
anak belanda berumur bawah 2 minggu..............
JUMLAH stok 80 ekor jee.
harga seko jika amik minggu depan gak still rm12..
kalau bertukar minggu....heheheh tambah le cikit lagi harganyaaaaa
setakat nih dah di booking 40 ekor oleh rakan peternak....
tinggal 40 ekor lagi.
heheheh sape cepat dia dapat.
mari2.................
sekian

Sabtu, 5 Jun 2010

AYAM BELANDA untuk dijual........

sehat2................
jalan2 carik makan..........


hitam addaaaaaaa..........putih pun addaaaaaa

campor2 kaler pn addaa...............

close up....berat dalam 4 hingga 5 kilogram sahaja.
muda2 lagiiiiiiiii.
tongah2 sodap2nya.


ni untuk pembakaan.........tak jual lerrr


Reban Opah ada stock ayam belanda untuk dijual...............
pemborong dialu2kan...
nak clear cepat lerr

Khamis, 3 Jun 2010

AYAM BELANDA.......

MARI13x...........
stok ayam belanda dewasa...........
byk tuuuuuuuuuuuuuu
sesuai untuk disembeleh
.............mari3x
sekilo rm25 jerrrrrrrrrr
stok banyak tuuuuuuuuuu

Jumaat, 28 Mei 2010

oi katak.........naper panggil hujan????

dua tiga arini..........
hujan turun kat area banting.....
alhamdulillah sejukkkkkkkk ckit.
bersyukur semua penghuni bumi yang menunggu2 sumber air ni.........

tp dalam keadaan mcm ni...........
dipihak gua lerrrrr
cuak semacammmmmmmmm je
tambah2 lagi dalam keadaan reban yang tak sempat nak kemas.
tak sempat sapu...
tak sempat nak cuci bekas makan dan air............
bahaye wooo
penyakit mudah menyerang...
tp setakat nih.........
kondisi penghuni reban opah
ok2 saja...............
alhamd....

makluman...
stok ayam dare & induk tengah bnyak ni...
berkebetulan le polak....
org kampung bukan main lagi menghantar ayam2 ke Reban Opah untuk menjual...
tp....
Reban Opah trime jeeeeeeeee
rejeki tu...
so barang sesiapa yang berhajat & berminat nak meminang
jempot2 lerrr
sekian..

Jumaat, 14 Mei 2010

ANAK AYAM ori

UNTUK MAKLUMAN..........
utk batch ni anak ayamnya dah ditempah rakan penternak dari negeri sembilan...............
jadi setakat nih........
stok kami setakat ni dah abis.........
batch akan datang insya ada lagiiiiiiiiiiiiii
jemput2 le
sekian

Sabtu, 8 Mei 2010

CATATAN TERBARU


Pintu depan Reban Opah....Dah Clear dah. Kemas ckit

Letih gak bila time keje banyak ni............

Dalam letih2 perlu gak uruskan Reban Opah..........

Tapi sebenarnya pengurusan reban kekadang ni dh jadi mcm terapi minda la polak......

syok pulak bila tengok ayam berebut makan.............

telur menetas................
pehhhhhhhhhhh feeling wwooo.........
berikut gambar2 terbaru penghuni Reban Opah..




ZASSSSSSSSSS

telur dalam incubator.............. tuuuuuuu yg itam tu bru netas tu


still dalam wad lahir. Nak bagi kuat dlu....

lepas 2 ari baru masuk BROODER...........


bagi pose makan dulu............ bagi air sojukk


dah tu baru bagi makan dedak stater

heheh......... dah boleh jual nih!

yg ni dah beso ckit...harga up ckit ler

sehat2 kan??????? ada minat??? MARRI12x
ni pn dh besar gak...anak ayam kene pisah ikut umur & saiz...
kalau tak naye kat yg kecik tak dapat makan..
siannnnnnnn ler.
dah la mak bapak tak der

kene gak besarkan anak ayam tuu......jualllllll je sok takde generasi pewaris Reban Opah lak..

ni dah boleh lepas ni..tu yang terbukak jer jaring dindingnyer....
bagi peluang nak duk dalam reban je ker or kuar carik makan...

saje ada gak lepaskan otai jantan... alaaa nak bagi dia geli2 dara kat luar tu


patuk jgn tak patuk...

ibu2 otai kene duk dalam sele... telo bnyak2 arrrr

bagi tokey ontong ckit.


saja tanam rumput napier... alaa wat ulam2 ayam tu makan...

gambar atas tu nak try polak kat blanda....

kurung nak bagi dia telo byak2..

sekiannnn

p/s : induk dah kureng dah... byak kawan2 dh beli

Rabu, 28 April 2010

ANAK & INDUK AYAM KG oRI

AYAM OPAH STILL ADA STOK INDUK AYAM KG ORI & ANAK AYAM KG oRI..........
BYK GAK YG DAH PINDAH KE REBAN ORG LAIN.........
TP KAMI STILL ADA BEKALAN DARI JARINGAN KAMI...
DH X BYK DAHH...

SESAPA YG BERMINAT JEMPOT2 LER.....
SEKIAN

MARI3 ANAK AYAM BELANDA DAH MARRII

NI NAK OFFER NIHH................
KAMI ADA STOK ANAK AYAM BELANDA.
BYAK TUUU DALAM 300 EKOR.
UMUR DAH SBLN & DAH SENANG NAK BELA.
SIAP VAKSIN DAH............
SAPA CEPAT DIA DAPAT..........
ALAAAAAA WAT TRADING CKIT2.
JARINGAN REBAN OPAH .................
LAMBAT HEHEHEH................
MAKLOM JE LA EKK...........
SAMADA ABIS STOK @ UMUR TAMBAH....RM PN TAMBAH LERRR
MAKLUM JE LA YERR
SEKIAN.........

Ahad, 4 April 2010

JUALAN INDUK AYAM KAMPONG ORI

JUALAN KOMBO.......HEHEHEH
Sesapa yang berminat nak mulakan projek ayam kampong ORI...
dijemput untuk membeli induk & anak dare ayam kampong kat Reban Opah....
Boleh datang tengok dan pilih mana yang minat @ sesuai..............
Esok gua daunlod gambar2 pembaka kat Reban Opah.............
Champion2 gua cakap lu
heheheh
Baka Reban Opah dapat dari jaringan Ayam Kampung Opah selain daripada baka yang dihasilkan di Reban Opah.
Harga???? murah2 mari12x
Sekilo rm15
Untuk makluman...........induk ayam kampong opah ni termasuk ler
Baka sabung tp dah kacuk ler............
Tp harga tetap sekilo rm15.
Ada stok dalam 40 ekor untuk dijual.
Sapa copek dia dapek...
sekian...........
wassalam.

Isnin, 22 Mac 2010

PEMERHATIAN......

Pengalaman.........
Selepas bulan keempat wat reban petelur A shape terdapat beberapa langkah yang perlu di ambil berat jika mengamalkan cara pemeliharaan Reban Opah.

1. Pemakanan.
Titik beratkan pemberian makanan. Pemberian makanan yang bermutu akan menjamin hasil ( telur ) yang bermutu. Fikirkan pemberian makanan menyamai seperti makanan ayam sebelum dikurung. Jgn sesekali kita bekalkan dedak penelor. Nanti ayamnya mengidap sindrom jatuh telo polak. Kira mcm keguguran ler. Belom ckup tempoh dalam perot dah TERTELO polak.... Siannnn

2. Pejantan.
Pejantan yang power akan menjamin telur yang dihasilkan keperatusan penetasan yang lebih tinggi. Selain faktor pengeraman juga yang akan memberi kesan keatas penetasan. Jantan yang kureng power gagal nak menunggangi ibu3 ayam yang dahaga kasih sayang tu... Akibatnya telur tak berbenih. Puasss nunggu2, tp bila sampai tarikh menetas telo tak gak menetas.

3. Pemilihan Baka.
Baka yang terpilih akan dapat menghasilkan telur & anak ayam mengikut warna dan baka yang kita hajatkan. Elakkan ibu ayam ditunggangi heheh oleh pejantan anak atau cucunya atau bapak ayam menunggangi anak atau cucu2nya. Kalau faktor ini tidak diberi perhatian.....anak ayam yang dihasilkan kurang bermutu atau susah untuk proses pembesarannya.. Adaa je masalahnya. Yang OKU pn byak gak.

4. Saiz Reban & Kayu Utk Bertenggek Utk Tido.
Saiz reban yang sesuai dengan tempat bertenggek yang mencukupi dapat mengelakkan ibu ayam tidur di dalam bekas telur. Penin wo bila dalam bekas penuh telur tapi telurnya penuh dengan tahi.... Gua kutip telo 3 ari skali heheheh... x sempat ler. Nak goreng sayang.....nak msk incubator bnyk proses yang kene buat.

sekian.......

Rabu, 17 Mac 2010

Untuk Jualan...........

bapak belanda kalau kita bela dalam satu tempat sampai 2 ekor yang otai....................
haru biru jadinya.......
asyik nak bergaduhhhhhhhhhhh jer.
puas la gak nak meleraikan.........
so sesapa yang berminat nak beli bapak belanda umur dalam setaun lebih............
jempot2 ler hadir ke reban opah....
berat dalam kilo bapak ni dalam2 6 kilo kot.
warna itam bintik2 putih.
memang dedikasi..........
samapi peringkat kalau ada ler jantan ayam kampung baru pun dia sesah.
kalau ada betino ayam kampung baru no hal...............
memang dedikasi
harga sekilo 20 jer
tq

Selasa, 9 Mac 2010

Laporan...............

arini..............takda kematian.
Alhamdulillah.
dalam kesibukan taukey citypull sampai gak ke reban ayam kampung opah...
tima kasih le pull.........
tp sori ler tak sempat nak sediakan air...
air jarang je pull
mak gua pn bising2 sbb x buatkan air untuk lu..
tp ape2 pn trime kasih le atas kesudian mamper ke reban opah
tq

Isnin, 8 Mac 2010

Laporan ujikaji.........

Alhamdulillah setakat ni lepas buat beberapa pembersihan dan pembaruan....
akhirnya...........
setakat nih sekor je anak ayam mati selepas beberapa hari ni..........
maka soheh lagi jelas lah..................
silap gua la sebenarnya punca kematian anak2 ayam tu.
zalim gua nih!
punca kematian kurang kebersihan broder.
rasenyer laaaa
sebarang kematian akan dilaporkan mengikut kemajuan ujian.
trime kasih untuk aiman..............
sampai gak lu kat ayam kampong opah................
amacam reban ayam kg opah?
bagi le komen...
anak ayam belanda amacam?
idup semua tak???
sayu gua VIOS bwk anak ayam belanda.

Jumaat, 5 Mac 2010

DALAM PROSES KAJIAN & PULIHKAN...PENAMBAHBAIKAN

Masalah gua yang berkaitan anak ayam gua yang bnyk mati kerana kekurusan.....
gua dah amik langkah2 yang dicadangkan............
Mula2 gua amik langkah pembersihan besar2an...........
Brooder gua cuci abis........siap antiseptik dettol lagi heheheh
Lantak laa ko kuman.........rasenya padam kot semua kuman2 tu.
Yang sakit2 gua asingkan bagi obat....
yang padam.padam ler.........yang idup life must diteruskan....
Peringkat penetasan seterusnya gua lotakkan jauh ckit dr brooder anak ayam yang sakit..
Test tengok apa keputusannya dalam seminggu nih....
sekian...

Isnin, 1 Mac 2010

KENAPA ekk???????

knape anak2 ayam gua ni......................
yang menetas byk................
macam2 colour........
sronok tengok karenah anak2 ayam tu.......
tapi......................
heran.............
pelik...............
- lepas seminggu anak-anak ayam gua nih semakin ringan
- semakin ringan..............
- ringan.............
- ringan................
- last2 terdampar kaku..................................
knapa ek????????????
muskil gua..................
kawan2 blogger yang ada pengalaman.....................
ada petua.................
bagi2 ler ulasan......cadangan...................
- salah ker cara gua bela lepas ayam2 tu menetas?
- yang gua buat.....
- lepas menetas gua letak dalam kotak berlampu siang dan malam..........
makan dan minum x penah miss.....................
- knapa ek????????????
- y? y?y?

Ahad, 21 Februari 2010

Ank Ayam Ori & Belanda

gua ada anak ayam kg ori & anak ayam belanda
utk pembelian........................
bgtau awal............
tq

Rabu, 17 Februari 2010

labu...labi........arri dah uujannnnnnnn

Alhamdulillah..............
catatan arini gua nak tulis sal ujan nih.
ptg semlm kg gua ujan lebat tuuuuuuu..........
sedang elok jer 1 rban siap terus jer ujan.
pehhhhh lebat.
cantek gak ler dah lame sgt tak ujan.
kering sgt tanah kat reban Opah tu.
debu berterbangan............
yang nak dicatatkan arini ialah kesah ayam2 gua ni.........
bnyk yg monyok dah ada masalah pernafasan.
bila mlm gua check reban ada bunyik ayam sempot........
siannnnnnnn ler.
seperti yang gua penah cakap......
gua ni masih dalam proses pembelajaran nih.........
jadi bila ayam macam ni gua menggelabah nak buat mcmana........
apa la agaknya ubat2 yang sesuai tg patut diberikan??????????
kalau ada sesapa yang ada pengalaman mcm ni.................. tlg2 ler bagi komen ckit..
budi mu ku kenang
trime kasih......
ariossssssssss
chow

Selasa, 16 Februari 2010

QONG C FA CAI...........

ALHAMDULILLAH.......
sempena raye cine nih abis ayam kampung gua kene makan besar.............
diorang makan besar..........gua pon tumpang "makan besar" jogak......... alaaaa macam ala2 makan BESARRRRRRRRR PUNYAAA...heheh
diorang ni time beli mmg x kesah harga...
sebot harga jer diorang terus bayar............
pehhhhhhhh. Ontong opah!heheheh
tapi...............
bila tengok reban macam sepi jer...........
rase mcm sayu polak.
dah kureng berseri2 reban opah.
dah kureng berebot ayam makan...
dah kureng ayam berkokok....
tapi................
heheheh
poket adda tebal ckit ler...
boleh ler stanby nak wat pusingan akan datang polak.
kali ni gua nak try mcm saranan ctypull.
nak try bela sampai 500 ekor
heheheh
kalau x sampai jumlah tu ponn...dapat2 separoh pon jadiklahh
bukan pee
nak bagi sronok semula time bagi makan tu
ALHAMDULILLAH jogak........
ayam dah start byak bertelo semula
incubator penuh jer..
geram je rase nak tempah incubator yang BESARRRRRRR PUNYA...
tapi...........
ntah ler..
kene sabar dlu kot..
byk benda yg kene pk2kan.
DENGAR citer..........
kampong gua skang tengah kecoh ada org tetak kambing.........
sian kambing tu jadi KAMBING ITAM...
mungkin pasal pergaduhan antara manusia
dia jadi mangsa
manusia12x...bekkkkk bekkkkkkkkkk
SIAN kambing tu x pasal2 kene tetak...
PK2..... ingat nak kene buat safety ckit...
kene buat pagar yg ok ckit....
tp mudah2an jgnnnnnnnnn ler ada manusia yang ada hasad dengki kat gua...
gua ni insan lemah.........jgn ler aniaya kat gua........
amin

Sabtu, 13 Februari 2010

Sumber Makanan.........

pokok pisang........ ada kat mana2 jer kann....
sumber makanan tuuuuuuuuuuuuuuu.
murahh...........


















































sumber murah yang boleh diperolehi...........
berebut gak makan.........
blh tampung2 ckit makanan lo
amacam????
beri ler komen ckit