Isnin, 15 Februari 2016

SEKADAR hobi..

Asalamualaikum dan salam sejahtera...
Maka sngat benarlah kata2 rakan hamba..jika bela ayam sekadar utk hobi jadi dapat hasilnya pun sekadar hobi jualah...
itu hamba sangat2 la mengakui hakikat tuu.
Sebenarnya dunia penternakan ayam kg asli ni sangat besar potensinya..
dan...belum ada individu yang benar2 serius atau hidup mati utk mengusahakan industri ini...
Mengikut pengalaman hamba yg bela main2 ni selama 10 tahun...belum pernah rasanya ayam hamba mati tua di reban sebab punca ketuaan....
kat cni hamba dapat le baca leeer.. ( walau tanpa bukti kajian dan data yang diperakui )
Permintaan utk ayam kg asli ni memang sangat tinggi...
bukan setakat utk musim perayaan..ayam kg asli ni mmg sentiasa dicari oleh peminatnya...

kalau suatu ketika dlu...org menganggap aym kg asli hanya diminati oleh sessuatu kaum sahaja..
tetapi masakini hampir semua bangsa sentiasa mendambakan kelazatan ayam kg asli ni...
memang pada awal pemeliharaan...penternak selalu mengeluh ayam kg asli ni susah untuk dijual...
tapi kenyataannya ialah....
kemon laaa bro...jual apa pun mmg pada awalnya mmg susah nak jual...tetapi jeng jeng... bela ayam kg asli ni special bnyak... sekali org dah tau kita bela ayam kg asli
jenuhhhlaaa kita nak sediakan permintaan peminat2 ni....

jadi rakan2 yang masih terfikir2 nak buat keje ape utk tambah pendapatan di zaman  menteri suh keje dua ke tiga utk menyara keluarga....
fikir-fikirkan cadangan saya.....
sila bela ayam kg asli.....

bela lebih santai.....
adios...




Rabu, 18 November 2015

makluman....

Hamba skang menggunakan talian telefon bernumber
0194445015 : blh berwassap atau seumpama dengannya..
0133790617 : tel dan msj shj....

Isnin, 16 November 2015

Penafsiran AKO ayam kg asli ( aka )

Asalamualaikum dan salam sejahtera...

         Sebelum hamba nak menulis ni.. Hamba nak memohon jutaan ampun dan maaf andai apa yg hamba tulis ni menyentuh rasa rakan-rakan ternak ( pehhh mood berat nih ).
Segala yang hamba tulis ni sekadar penafsiran peribadi hamba sahaja. Tidak berniat utk menyentuh pendapat-pendapat dari penternak yang lebih senior dan telah membuat kajian bertahun-tahun...

        Baekla hari ni hamba nak bagi pendapat siapakah ayam kampung asli  / ori.

       Pada hamba ayam kg asli merujuk kepada ayam kg yang biasa kita lihat orang tua kita      ( papa / mummy / tok wan / tok ki ) bela masa kita kecik2 dlu.....bela pun lepas bebas jeee. tido atas pokok jering, pokok ciku, pokok jambu dan pokok2 lain yang bersesuaian laa... Kalau setakat pokok 8 kaki tinggi...skali henjut je ayam ni terbang.      
        - bela bebas lepas. bela lebih mudah. takda reban pun blh bela ayam -

         Dari segi tempoh matang ayam...kussssss semangat. Nak menjadikan ayam tu besar dan sesuai untuk sembelihan zaman papa / mummy dlu mmg lama.. lima enam bulan baruuuu boleh sembeleh. berat pun umur dah bnyk tu baruuulh sekilo setengah. Kalau yang betina lagi parah..berat baru sekilo dua.kalau dah kacuk ayam hutan (ayam yg bertelinga putih tuu ) lagiiiiilh parah. bela sampai bertahun saiz ayam mcm tu je laaaa. tapi ayam jenis tu rare tu. ada peminat sendiri....Ketika dan time tu nak sembeleh ayam laaaa...ayam tu berbunyik ayam dah matang...dah bertukar suara garau.( dah baligh heheh ).berkokok bagi jantan dan betina berkiok2....
        - lambat besar -
           

.......  tika dan saat tu ada juge macam2 rupe ayam.  Ada la ayam lehernya tak berbulu ( merujuk kepada ayam botak / ayam jepun )...ayam bulu balik ( rare ayam nih )..ayam kaki tinggi2 ( merujuk kepada ayam kg baka sabung ) ayam itam semua ( merujuk ayam chemani ), ayam hutan ( merujuk kepada ayam bebas tidak bertuan. ayam lindungan tu ) ada yang kaki kuning ada kaki hitam ada ayam yang kakinya berbulu sekerat. warna bulu chantekkkk. Berkilat!. heheh ayam arab xda heheh.
         - ada pelbagai rupe dan jenis -

          
        Makanan ayam ni  biasalaaaa pelbagai...tapi utk penjimatan sbb kene bela lama sisa dan bahan buangan manusia jadi pilihan. ( merujuk kepada nasik basi, kerak nasik...sisa dapur...sisa bahan manusia heheh ) dan kalau yang upgrade ckit jagung dan teligu lee.. ayam tu nak nak jumpa dedak komersial mimpi di siang hari laaaa...
         - makanan yang pelbagai / cincai2 jeee -

        Tang rasanya pulak....komfem2 laaaa aym yg dah bnyak umur liat dagingnya. lagipun ayam2 ni kan  makannya mcm2 jadi dagingnya ye rasanya lebih manis dan pejal. ayam dah matangg. Buat gulai pn masak kene lebih lama. Tak masak lama kaluuuuu....baling dinding melantun leee. Pendek kata bila kita masak ayam ni kita akan terbayang dan teringat papa dan mummy kita.
         - kelazatan daging ayam bergantung kepada makanan dan umur yang diberikan -
                                         - lidah tidak menipu kalau tang rasa ayam kg asli ni -


jadi sebagai menyimpulkan pendapat hamba di atas berkaitan ayam kg asli sebarang ayam yang bila hamba pandang...hamba terbayang dan teringat papa dan mummy hamba...itulah yang hamba anggap ayam kg asli....
       
walau apa2 pun setiap ayam2 nih ada je peminatnya masing2. Jadi tak perlu la kita nak persoalkan kengkawan yang bela ayam pesen lain. Pasaran utk setiap jenis ni ada jeee.cume kite perlu xplo jee. kita bina rangkaian pasaran. Biar pelanggan yang membuat pilihan ayam mana yang dia nak beli. kita bela ayam kalau xda sapa nak beli...kan susah tuuu. kalau nak beli pun harga xblh bla.. biasalaaa pembeli mesti nak beli barang baekkkk tapi harga murah heheh. tapi bagi hamba, hamba pilih berternak ayam yang papa dan mummy saya bela....
sekian... adiossssss

Khamis, 12 November 2015

Gelombang Penternakan Ayam Kampung...

Kembali bersiaran....

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...
lama sungguh tak menulis..
beberapa tahun tak menulis woo..tumpul skill menulis nih
tak tau nak mula mcmana...
actually hamba lama x update sebab dah main line fb je kannnn...
bolehlaaa tengok fb hamba ajin ayam kg opah...( promo promo )

Untuk perkembangan terkini ayam kampung opah...
tiada perubahan besar yang berlaku. kalau ada pun sikit je leee heheh.
Reban A yang hamba buat dulu dan tukar dah ke reban besar.
Mudah pengurusan pemberian makanan ayam-ayam belaan hamba tu..
bukan tak bagus reban A tu..bagusss... cume utk menjimatkan masa dan tenaga jee...
wes tuekkkk hikhik.
bila reban besar mudahhhhh....setempat je bagi makan...
dah bubuh makan pandailaaa nko nakkk....

Dalam isu2 dalam bab penternakan bnyak perkembangan-perkembangan terkini yang hamba rasa seronok dan gumbira...
Seronok bila suatu masa dahulu hamba berternak solo solo je sbb orang beranggapan bela ayam kg ni tak produktif dan lambat besar...
tapi sekarang kelihatan ramai rakan yang berminat...

Kelihatan kebelakangan ini gelombang penternakan ayam kampung asli / kacuk semakin subur. Hamba perhatikan semakin ramai golongan muda dan tidak kurang juga golongan veteran yang bersungguh-sungguh belajar samada yang bertaraf backyard atau taraf besar besaran.

Seronok  pulak setiap minggu menyambut kehadiran rakan-rakan ke reban ( hikhik bukan farm ye ) kononnya untuk berjumpa otai hikhikhik..sronok bertukar2 pendapat dan cerita...
bercerita karenah ayam...bercerita cara menjimatkan kos makanan...
bnyak lagi laaaaa
tapi yang komfemnya seronok  jumpa rakan2 ternak ayam kg nih....

rasanya cukup dlu kot...
adiosss

Isnin, 7 Oktober 2013

aduhai....

asalamualaikum sahabat dan rakan2 ternak...waduh lama sungguh tak menulis.ntah mcm tak cukup mase jee 24 jam sehari.( sebenonya kegagalan menguruskan masa je )

Untuk beberapa bulan ni alhamdulillah banyak perkara yang menarik berlaku dalam arena pembelaan ayam kampung nih..khususnya AKO lah....

1. Cuaca panas memudahkan proses pemeliharaan ayam kampung seperti hamba ni.
 Satu perkara yang penting dalam proses membesarkan anak ayam ialah keadaan kawasan brooder @ kawasan reban yang kering. Kawasan yang kering dapat mengelakkan banyak penyakit yang berpunca daripada tanah...Nak rawat tanah hari ke hari mcm x cukup time jee. Ni amalan di AKO le...kalau dapat pastikan kawasan reban @ brooder kering insya Allah ayam2 kita akan sehat walau kekadang kekotorannya...amonianya dah tahap gaban....

2. Induk semakin bertambah.
 Alhamdulillah sejak tekun membesarkan anak ayam sendiri&elakkan ambil induk matang luar nampaknya pelbagai penyakit dapat dielakkan. Duluuu zaman terlalu ghairah...asal peraeh ayam datang bawak induk jeee...terus zassss...akibatnya banyak kali jugak la AKO kerugian berbelas2 k...hehehe adatla orang tamakkk semua nak short cut...HAMBEK KAU ! hikhikhik

3. Hasil pengeluaran bertambah.
 Alhamdulillah pengeluaran anak ayam semakin baik..kalau ikut purata sebulan adaa laa seminggu dapat kuarkan anak ayam 300 ekor..lega la jugak. Lepasla kos makanan...kos elektrik...kos buruh...kos manes2 untuk mak abah hihihi. Jadilahhh.Dulu niat awalnya bela ayam kan nak nyambel2 tengok orang tue..jadi bila dah ada rezki lebih bagilh manes2 ckit kat abah mak...

4. Akaun FB dah beroperasi.
 Untuk makluman rakan2...skang hambe dah semakin rajin layan FB. hikhik! senang gak laa nak berhubung dengan rakan2.Untuk makluman rakan2 FB hambe  ajin opah farm..hihik!ntah farm mana ntah.bela ayam blakang umah ckit2 buh nama farm...sogannnn jeee

5. Penubuhan Kelab penternak ayam kampung..
 Ni kira the best laa...sejak hamba dah main ayam ni dah masuk tahun ke 8...dah brape kali je rakan2 ajak buat persatuan..tapi akhirrrrnya tertubuh jualh kelab ni. Memang sronok rasenya. Mudah berhubung dengan rakan ternak bila ada kelab/persatuan. Tapi maaf le rakan2 ternak yee..tak dapat nak menyahut permintaan suh jadi org yg bertanggungjawab..bukan tak sudii....cume belum mampu lagi memikul beban/tanggungjwab. Takut sok tak terlaksana t/jawab kat sana suk ditnyaa...
harapan sebagai org tue mcm hamba ni lee...dalam persatuan tu jangan le mengharap sangat bantuan atau sokongan...tanam kat ati tu ape yang boleh disumbangkan supaya kelab/persatuan pemeliharaan ayam kg tu kukuh...Hambe sokong mana2 je yang baek. Boleh hamba tolong...insya Allah hamba tolong. Itu jelah kemampuan hamba setakat ni lee..Masa depan tak tau leee...

6. heheh...pe lagi nak merapu yee...
mcm ni la kira siaran ulangan lah...
FB hamba : ajin opah farm.
Wassap hamba no nya : 0105136976...
bukannya hamba hebat sgt...
cume hamba sekadar nak membantu...
kalau x membantu kita boleh share masalah....
hamba pn boleh blajar sesuatu...
orang muda skang ni pn bnyak ilmunya...
banyak petua2 yang hamba tak pernah dengar...

7. Last....marilh bela ayam kg...
niatkan bela untuk makan sendiri..mkan anak2 isteri
makan keluarga....
bebas dari ubat2an woo..
slalu terpikir budaya jahiliah hamba dulu lee...nak buat rendang ayam kg xda..
beli ayam pencen....
agak2nya sepanjang ayam tu hidup dah brape banyakkla ubat2an yang dah ada dalam body ayam tuu
bila dah pencen...kita pulak makan....
murahhhh....
liat mcm ayam kg...
buat rendang besss...tak hancur...
tp hamba lupe...ayam tu dah bedal ubat brape kilo la sepanjang dia hidup...
jahiliahnya hambee....ada kawasan nak bela ayam kg tapi.....
awal2 lagi serender dengan cabaran pemangsa
cabaran berak merata2...
cabaran penyakit ayam...
tak sedo yg hamba makan ayam pencen apaaaaaa la polak penyakit yang bakal hamba tanggung...
sekian

mari makan ayam kg.....adiosssssssss


Selasa, 25 Jun 2013

stok anak ayam....








alhamdulillah...
setelah sekian lama akhirnya produk anak ayam kg asli di AKO mencapai tahap yang menggembirakan...untuk buat masa ni ready stok anak ayam kg asli ada 400 ekor.....
semua berumur seminggu..mudah2an minggu depan pn mcm tu jugak..
jadi rakan2 yang berminat jemput lah hadir ke AKO.
berminat info hamba laju2.sapa cepat dia dapat...
kalau amik skang ni....time perayaan raye cina sesuai sangt nih...

Isnin, 6 Mei 2013

Penambahbaikan bRooder aNak ayam uMur baWah seBulan......

Hari ni nak tulis pendek jeerr
alaaa kongsi2 pengalaman...
Ingat lagi tak............
Perkongsian pengalaman berkaitan penyediaan brooder anak ayam kg asli saya....
Ni bagi yang mengamalkan lerrr............
Mesti rakan ternak terbau ammonia kat brooder kalau kita x tukar2 habuk kayu yang digunakan dalam brooder....
Ni ada cadangan penyelesaian masalah tuu.....
tak le hilang 100% bau amonia tu tapi kurang le ckit.....
Try rakan2 ternak sembur habuk kayu tu dengan EM1....
Tak yah le nak kuarkan anak ayam tu...just semburkan jee.
Anak ayam ok je pun kalau kene EM1 tu pun....
Bila dh sembur try tengok keesokan harinya......
Ada perubahan tak???
Musti adda pnyaaaaa...........
hamba dah try kannnnnnnn......
Jimat le ckit habuk kayu tu (ayat tokey ayam kedekut ) hahahahah
sekian.....

Ahad, 24 Februari 2013

segera.........

ada 300 ekor stok anak ayam kg asli berumur bwh seminggu............
sapa copek dia dapek...........
adiossssss

Jumaat, 15 Februari 2013

angsa putih hendak dijual........

Petang semalam ada la seorang rakan ternak mengOFFER angsa putih dewasa ( induk ) untuk dijual...
Banyak gak angsa yang nak dijualnya........
dalam 40 ekor........
kira clearen reban la nih............
barang sesiapa yang berminat....
marilah mengiffo hamba...........
boleh hamba tlg info kat rakan hamba nihh................
adiossssssssssss

Rabu, 6 Februari 2013

cemburunya......

tengok iklan kat TV pasal penternak AYAM KG ASLI..............syoknyaaaaaa lah.
cara penyampainnya macam santai jee..
dah tu siap crite lak kemudahan dan bantuan yang diterima sepanjang beraktiviti...
VETERINAR lerr........FAMA lerr...
PENYAKIT lak bukan satu masalah lg....
HAMBA.....
dah menternak masuk 6 tahun...
ermmm.....g pejabat veterinar mendaftar....melapor.... mengadu............
mcm xda ape2 jeee....

dah xx xxx rm hamba rugi disebabkan penyakit...

disebabkan kegilaan terhadap ayam kg..........
hamba bangun lagi...........

sekarang dengan bantuan rakan2....
sekarang dengan bantuan GOOGLE.........
alhamdulillah AKO masih berdiri...walau dah senget hahahah

selalu bertanya kepada diri sendiri.......
selalu berbincang dengan rakan2.........

agak2 ape la agaknya keperluan yang diperlukan agar hamba dan rakan2 menerima bantuan
macam kat tv tu....

perlu ke hamba selalu bertandang ke pihak berkaitan.....
saling mengenali pegawai yang berkenaan...........
bawa manis2 mulut....
bawa buah tangan .....
beri puji2an tentang keberkesanan dan ketertanggungjawaban....

waduh2.....
kalau kene buat mcm tu........
susah hamba...
susah rakan2 ternak hamba....

ntah laaa.........

adiossssssssss


Selasa, 5 Februari 2013

Kereta Belasahan...

Begini ceritanyaa....
alkisahnya..
hamba ada 3 buah kereta buruk yang banyak berjase
sebuah MEM besar bawak lerr....tu x jual heheheh
dua lagi nk jual....
yang sebenonya pun hamba ni bukan bebeno suke naek keta....
hamba lebih selesa naek motor kris hamba punn......
selagi hamba boleh naek motor hamba naek motor nya punn....born to ride katakan heheheh
bila keadaan mcm ni........mula le kreta2 hambe ni terletakkk je kat parking...
nak jual syg...
simpan pening kepala tengok terletak kat garaj umah....
so bila pikioq2.......
dengan rase berat hati dan berbelah bagi....
hamba amik keputusan nak jual dua daripadanyaa...
ramai2 bini pun sakit kepala gak hehehh
sebiji suzuki swift........
tahun 92....rare ni.limited lagi
heheheh
jadi sesapa yang berminat boleh le meminang janda hamba ni....
berikut gambar2 suzuki hamba ni...


Kereta kedua yang hamba nak jual kereta keluaran datsun tahun 82an... Mula2 beli dlu kononnya mcm nak bergaye dengan kreta ala2 driff heheheh......
tapi akhirnya.......
menyemak kat umah...
MEM besar pun merungut je sbb nak kuar masuk umah kene mengereng mcm ketam....
terpaksa le salah satu mengalah..parking umah OPAH..
berikut gambar2 datsun hamba
jadi sempena raye cina taun ular nih....hamba mengoffer rakan2 ternak yang berminat nak jadikan janda2 hamba ni sebagai keldai belasahan....bawak2 dedak ke...bawak2 ayam kee
atau berjiwe nak kumpul mcm hamba ni
heheh
jemput le meminang...
hamba boleh dihubungi di talian 013379061
adiossssss

Rabu, 23 Januari 2013

salam MAULiDUL RASUL

Salam Mailidul Rasul kepada rakan2 ternak......
RUPA2nya la yee....
habuk kayu yang nilainya hanya habuk kayu....
cUKA makan & haLia yang kite gunekan dalam masakan kite..
bermanafaat kepada ternakan kite...
ye leee Allah jadikan sesuatu tu mestilah ada manafaatnya yang tersundiri....

Alkisahnya....
membesarkan anak ayam di dalam brooder yang di lapiskan dengan habuk kayu rupe2nye  sangat baekkk
Alkisahnya penemuan ni berpunca daripada rungutan rakan2 ternak yang mengatakan anak2 ayam mereka selalu mati.....lagi2 kalau beli kat AKO ( malu beb! mcm produk kite x berkualiti )
jadinya...........
heheheh....dek rungutan tu dan sikap kemalasan yang melampau hamba heheheh
seorang rakan ternak mencadangkan habuk kayu digunakan sebgai lampin ( alas lantai ) brooder
Rupe2nyeerr penggunaan habuk kayu ni sangat berkesan untuk memerangkap haba panas di dalam brooder..
jadinya dalam kemalasan dan hambatan waktu hamba ni....
Cube2lah mencuba kaedah nii...

Hasilnya sangat memberangsangkan...
kalau dulu2 hamba perlu menukar lampin ( kertas lapik lantai ) seminggu 2x
tetapi sekarang untuk 2 minggu akhir ni hamba baru menukar lampin sekali jeee
tu pun baru je tukar td
hahahah
sempooi kan????
Didapati jua....lampin kelihatannya keringggg jee
kira ngam la macam tu...
Satu perkara yang kita maklum KEpantangan dalam membesarkan anak ayam ni...
KEHANGATAN dan KEKERINGAN lantai merupakan faktor utama...

Bayangkan kalau sblm ni untuk keluasan brooder hamba
4 kaki panjang dan 2 kaki lebar serta 2 kaki tinggi
dan 3 biji 25 watt mentol sebagai sumber kehangatan brooder....
dan sebelum ni hamba hanya boleh masukkan 70 ekor anak ayam dan 2x kali seminggu kene tukar lampin....
skang hamba hanya tukar lampin 2 minggu skali.....
mentol hamba kurangkan jadi 2 biji..
anak ayam polak hambe masukkan sampai 1xx ekor
dengan lampin jenama baru ni juge kelihatan anak2 ayam tak le tidur bertindih2...
chantek je memenuhi ruang lantai brooder...
sempoiiii.....!

dan lagi....
hasil saranan rakan ternak jua.....
penggunaan cuke & halia tua sebagai ubat2an rupenya sangat efektif...
untuk ubat apee yee??????
heheheh
mcm ni.....
BIASEEnye situasi ni berlaku bila kawasan reban @ brooder ayam kite tu lembab dan kotor....
cube bayangkan situasi ni...
ayam2 kite kekadang tu mcm monyokkkkkkkkk jeeee....
ayam2 lain bila kite bagi makan berebut2 nak makan tapi member tuuu.........
buat buduuu jeee....
nak kate POSE 6....
bukan syawal hehehehh
nak kate pose sunat...kite pn jarang hahahahaha...
ada polak member tu....
time kite bagi makan...pehhh dia pn berebut makan...
tapi herannn bin ajaib...
kelihatan member tu makin kurus dan merengan berat badan...
(xkan makan PIL PELANGSING LAK ) heheheh

Sebenar hakikatnya member tu ada mslah peribodi...
temboloknya berkemungkinan mengandungi kulat...
pendek kate kulat menyerang tembolok penyimpanan makanan member tu....
ATAU ......
HAKIKAT kedua
Perut mereka ada cacing bermastautin di dalam perot....

JADI...
disinilh ubat2 cuka & halia efektif digunakan....
Mula2....
bersihkan botol air seliter ayam kita tu
campurkan setengah sudu cuka makan kedalam air minumannya....
amalkan selama 3 hari.....
selama 3 hari berikutnya tengok kesannyaa....
lepas 3 hari beri air bersih...campurkan pula minuman mereka dengan ubat vitamin...
jika ada perubahan tingkah laku maknanya betulla member tu ada jangkitan dalam tembolok....


Jika tidak berlaku perubahan jugee....
try ubat kedua....
kalau care moden beli je ubat cacing kat veterinar....
kalau susah nak dapat..
gunekan halia tua sebagai ubat....
halia tua blender....
hampasnya gaulkan kedalam dedak atau jagung...
airnya pula campurkan kedalam air minuman member tuu
lepas tu
tengok hasilnya.....
ehhh...sukatannya???
AKO heheheh sesedap rasee jeee...
heheheh

di AKO dah menjadi amalan....
sebulan sekali member tu makan & minum air halia....
walhasilnya...
ALHAMDULILLAH...

ALMAKLUM lee
tanah tanih di reban AKO dah tepu dengan najis ayam...
jadi kemungkinan ayam tu makan @ minum air di lopak air yang mengandungi macam2 cacing dan virus2 cinta tu besar....
Lebih2 lagi di AKO pemberian sisa makanan kantin sangat berleluasa....
heheheh nak jimat bRaderrr...
Kelihatannya HALIA memberi kesan yang sangattt baekk....
sekian....

( perhatian: semua amalan & cadangan di atas hanya pengalaman AKO dalam menternak...AkO tidak bertanggungjawab sebarang kerugian dan kematian )

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASULLL...
SALAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA......

Sabtu, 12 Januari 2013

Syukur Alahamdulillah....

Syukur Alhamdulillah...........
Alhamdulillahh.............
Sehari dah berjaya mengutip 100 biji telur....
Tiap petang syokk je bawak timba bekas cat sederhana besar....
masuk bilik penetasan bawak setimba penuh telur.....syokk wo.
Berbaloi jugak penaat jerih hamba....










PENETASAN lak...
seminggu dah 2x...
JUMLAH??? jangan la tanya heheheh
ADA la sikit2...
Bela maen2 blakang umah...
Rakan ternak seronok jeeeee

bila HELLO ada bekalan...


tapi..........
tulahh.....
harga makanan ayam PEhhHHH
Memang GILO KENTANG...
Kekadang terpikir macam tak berbaloi jee....
1 kampit 50kg dedak harganya sampai mencapai rm105.....
Kalau sehari kene bagi 25kg dedak...........
brape pulak kos untuk sebulan...
PeEhhhhhhhh.........GiLo KeNTanG.

NiE belom kos elektrik polak......................
Untuk menyara 3 incubator kosnya mencapai rm170...
Waduh PakkkK....
Tak terLepas kos pembiayaan...

Bila datang polak raKan2 pembeli...
Harga rm2.70 untuk seekor anak ayam berumur bawah seminggu..
" Kalau amik 50 ekor boleh kurang harganya tak....????
Alamakkkk MAHALnya...!!???

Hehehe.....
Biasalah...
adat la kann..........
Beli barang mmg kene tawar menawar...
heheheh.....

Kesimpulannya......
Sronok juge bela ayam kg nih....
Hilang stress woo
macam bela PET2 yang lain.....
heheeh
Sekian...
Esok hamba update dgn gambar2an polak...
ADIOS....


Ahad, 23 Disember 2012

Lawatan Susulan Banyan Tree Money Academy


ALKISAHNYA....

Lima bulan lalu satu akademi yang menjurus mendidik dalam pengurusan wang telah datang ke Reban Ayam Kg Opah....
Program lawatan akademi ini merupakan lawatan susulan daripada lawatan lalu...Mengikut program akademi ni, pelajar mereka telah melabur dalam penternakan ayam kg asli. Pelajar mereka telah membeli anak ayam kg di AKO dan mereka digalakkan untuk menyimpan sebahagian wang saku mereka untuk kos pemeliharaan di AKO...

Berikut gambar-gambar mereka bergembira di AKO sambil mengutip hasil daripada pelaburan 5 bulan yang lalu.......





Program lawatan dimulakan dengan taklimat berkaitan pemakanan dan keuntungan pemeliharaan ayam kg asli..
Pehh yok2 je penerangan mamat tu heheheh


Dara2 cute yang turut menyertai lawatan...
Rakan ternak turut membantu dalam penerangan..tq ust

seterusnya....pemberian jagung untuk mengumpan ayam2 hheheh
sempat lagi mambang ni bergurau....




bukan main suke dapat amik telur sebiji dari induk dibawah tuuu.....
marahhhh nampakk........heheheh
POLIS reban huru hare terkejut datang ramai tetamu datang melaawat....

Timbang time......


Dalam2 takut tapi tetap nak pegang juga ayamnya untuk ditimbang....
sikit punya suke sebab ayam jantannya hampir mencecah 2kg beratnya...untung pelaburan...

Guru tolong memegang ayamnya.....takutttttt
oh yeah! 1.6kg...
relax jee...bagusssssss


wah2 bnyak untung dekk.....
bayar taukey...jgn tak bayar...
beli semula ayam


keseluruhannya pelaburan anak2 murid Banyan Tree Money Academy menguntungkan....teruskan menyimpan dan melabur secara bijak anak2 yerrr....
that the way...
gambar ehsan dari Banyan Tree Money Academy...

Jumaat, 23 November 2012

Perkembangan....up date

                                       produk untuk 3 hari kutipan...syok juge time mengutip
                                       heheheh
berkejaran.....
                             ceh ceh rupe garang la polak induk nih....telur kene curik tiap2 hari
Pak Belanda usha bini7 nya...berbini 7 tuuu
Antara pejantan Arab yang membaka AKO..

suasana santai penghuni AKO
Pejantan Pojaan.....
                                           ewah2....pak Belanda usha mak coklet
Dara2 menghitung hari untuk turun ke tanah bersantai dengan pejantan...
Reban Penelur...


Pokok jering berbuah ayam kg???
heheh....nampak ape2 ke????
                                    hahahah...sebenonya pokok jering ni jadi pot tdo ayam2 ku

                                                makan sama2....jangan gaduh2
meninjau peluang usha dara...

                                                        Kecoh nak carik pot tdo la tuu....
                                          mcm ni kan elok...nak tdo mmg dh tersdia pn tempatnya
                                             makan untuk alas perut sementara nak tdo...kais pagi makan pagi
                                         kais petang makan malam huhuhu
                                       Resepi baru....nasik kepala bilis.
                                               jadik keje la polak kene tanak beras sehari 10kg
bela ikan haruan...bosan2 merenung ikan je lee
                           kenape amik gambar ni ek????hahah actually spot tu nak letak jam dinding
                                         oder x sampai lagi heheheh
                       Tong racun khas untuk penyemburan EM sekeliling kawasan reban...
incubator carik makan.........heheheh

                                                              ruang dapur.....
                                              kawasan untuk pembesaran anak2 ayam...
tu dieeeeee...........nak buat sistem air auto..

                                             View kawasan reban AYAM KG OPAH ( AKO )